@ahmad1909: Resepi Sambal Hijau Terung Ikan Bilis Jangan lupa save. Bahan-bahan * 1 batang terung (dipotong dan digoreng separuh masak) * 2 genggam ikan bilis (digoreng garing) * 25 biji telur puyuh (direbus dan digoreng) Bahan kisar kasar * 5 tangkai cili besar hijau * 10 tangkai cili padi hijau * 3 biji bawang merah * 3 ulas bawang putih Bahan perasa * Garam secukup rasa * Serbuk perasa secukupnya Cara Memasak 1. Tumis bahan kisar kasar hingga sambal masak, naik bau dan sedikit garing. 2. Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Gaul rata. 3. Masukkan telur puyuh, terung yang telah digoreng separuh masak dan ikan bilis. 4. Gaul perlahan-lahan hingga semua bahan bersalut rata dengan sambal. 5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas. Tip: Goreng terung separuh masak sahaja supaya tak terlalu lembik bila digaul dengan sambal. Masukkan ikan bilis pada akhir supaya masih kekal rangup. Selamat Mencuba 😋 #sambalhijau #sambalhijaubilis #resepi #lauksimple