@tukqobin: Bersama YDP PAS Kawasan, kami berkesempatan menziarahi antara orang lama Lembah Pantai, Pak Long, yang kini semakin dimamah usia dan uzur di PPR Pantai Ria. Sejak beberapa tahun lalu, PAS Kawasan Lembah Pantai telah mengumpulkan data serta secara konsisten menziarahi, mengambil berat dan menyalurkan bantuan serta sokongan kepada warga Lembah Pantai yang sakit, memerlukan bantuan dan golongan asnaf. Usaha kebajikan ini digerakkan secara berterusan melalui Lajnah/Biro Kebajikan bersama Mosway. Bukan sekadar hadir ketika diperlukan, tetapi terus cakna dan menjaga kebajikan mereka sedaya yang termampu. Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan kepada Pak Long, dipermudahkan segala urusan dan terus diberikan kekuatan dalam meniti usia. 🤲 Semoga silaturahim dan budaya saling menjaga ini terus subur dalam komuniti Lembah Pantai.#LembahPantai #fyp #perikatannasional #KitaJagaKita #orangkita
TukQobin
Region: MY
Monday 24 August 2026 23:24:50 GMT
Music
Download
Comments
Nisa Mohd Ghazali :
Alalhamdulillah.. Semuga Datuk dipermudahkan dalam perjuangan ini bersama kepimpinan PAS.
2026-08-24 23:54:52
1
roymurano :
semoga dipermudahkan segala urusan perubatan bagi Datuk Qubin n Team teruskan berbakti
2026-08-25 14:08:56
0
"SeLiPaR JePoN" 🇲🇾💪🏻🇵🇸 :
terima kasih tuk..
teruskan perjuangan ini.. ianya tanpa noktah..
terus istiqomah..
2026-08-25 02:41:35
1
To see more videos from user @tukqobin, please go to the Tikwm
homepage.