@sinarharianonline: Gajah liar betina tersesat yang digelar 'Mek Jeram' oleh penduduk Kampung Jeram, Manir di Kuala Terengganu akhirnya 'akur' selepas termakan pujukan dua gajah denak, Indah dan Suria untuk dipindahkan ke Taman Negeri Royal Belum, Perak pada Selasa. Mamalia berkenaan hanya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk dipujuk oleh kedua-dua gajah denak berkenaan sebelum diiring menaiki lori kira-kira jam 10.30 pagi. #SinarHarian #SinarTerkini #MekJeram #Gajah #KualaTerengganu