@penangkini: Bermula 1 Julai 2026, kadar tarif air baharu dilaksanakan di Pulau Pinang selepas pelaksanaannya ditangguhkan selama 12 bulan oleh Kerajaan Negeri. 📌 Apa yang pengguna perlu tahu? 🔹 Kira-kira 82% pengguna domestik menggunakan 35m³ air atau kurang sebulan. 🔹 Bagi kumpulan ini, kenaikan bil maksimum hanyalah RM2.55 sebulan, bersamaan kira-kira 8.5 sen sehari. 🔹 Penggunaan 20m³ pertama: RM0.62 → RM0.65/m³ 🔹 Penggunaan 20m³ hingga 35m³: RM1.17 → RM1.30/m³ 🔹 Penggunaan melebihi 35m³: RM2.07 → RM2.21/m³ 🔹 Isi rumah yang menggunakan 35m³ sebulan akan membayar kira-kira RM32.50, berbanding RM29.95 sebelum ini. 💡 Pelarasan tarif ini penting bagi menyokong pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur bekalan air, selain membantu PBAPP menyediakan dana untuk projek-projek bekalan air bagi memenuhi keperluan Pulau Pinang sehingga tahun 2030. 💧 Gunakan air secara berhemah. Setiap titisan amat bernilai demi kelangsungan bekalan air Pulau Pinang.