@bombaterengganuofficial: DUA MANGSA TERPERANGKAP DALAM KEBAKARAN RUMAH DI TOK JEMBAL KUALA NERUS, 26 Ogos 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Terengganu menjalankan operasi menyelamat dan memadam kebakaran melibatkan sebuah rumah berhampiran S.K. Tok Jembal, Kuala Nerus, awal pagi tadi. Panggilan kecemasan diterima pada jam 2:49 pagi dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus bergegas ke lokasi kejadian. Kebakaran melibatkan sebuah rumah separuh kekal dua tingkat berkeluasan kira-kira 40 x 50 kaki persegi dan dianggarkan 70 peratus terbakar. Maklumat terkini mendapati terdapat tiga mangsa terlibat. Seorang wanita dewasa berjaya keluar dari rumah, manakala dua mangsa dipercayai masih terperangkap, terdiri daripada seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki. Pasukan bomba bertindak menggunakan satu aliran hos 300 kaki dengan satu cabang pembahagi serta dua pancutan air daripada tangki jentera FRT. Turut digunakan satu aliran hos 200 kaki dengan satu pancutan air daripada tangki jentera CFRT. Bantuan Water Tanker dari BBP Kuala Terengganu turut digerakkan bagi membantu operasi. Jentera Water Tanker melaksanakan relay pumping menggunakan satu aliran hos 100 kaki ke jentera BBP Kuala Nerus. Operasi berjaya dikawal pada jam 4:14 pagi dan masih diteruskan bagi memastikan keadaan benar-benar selamat serta tindakan lanjut berkaitan mangsa. Seramai 16 anggota bersama jentera FRT-1, CFRT-1 dan Water Tanker-1 terlibat dalam operasi tersebut. Operasi diketuai oleh TPgB II Azmi bin Omar, manakala PgKB II Mohd Izwan bin Hashim (PPON) turut hadir di lokasi. JBPM Negeri Terengganu terus komited memberikan tindakan pantas dalam setiap kejadian kecemasan serta mengutamakan usaha menyelamat nyawa dan memastikan keselamatan orang awam. #JBPMTerengganu #KebakaranRumah #TokJembal #KualaNerus #OperasiMenyelamat

BombaTerengganuOfficial
BombaTerengganuOfficial
Open In TikTok:
Region: MY
Tuesday 25 August 2026 21:46:21 GMT
39215
656
40
403

Music

Download

Comments

suzitasamsudin
Cikgu Suzita❤️ :
Alfatihah Ude & anak😭😭😭 kak long sedih sgt2 Ude.. semoga roh Ude & anak dicucuri rahmat Allah SWT😭🤲
2026-08-25 23:27:55
18
tuanezat
TuanEzat Official :
Al Fatihah Ude dan Anak😭😭😭😭 Syurga untukmu
2026-08-26 05:31:20
3
robiobie79
RobiObie :
Allahuakhbar😭😭😭 moga syurga buatt arwah🤲🤲🤲
2026-08-26 00:26:43
5
nrmnz1109
110972 :
[Sticker] Innallillah
2026-08-25 23:11:36
4
_.fwzqv999._
2612 :
innalillah kepada rehan Yusuf & amirul fahmi
2026-08-26 01:35:26
5
oyen_omell
oyen_omell :
maaf bertanya boleh tahu ke kebakaran sebab apa? litar pintas atau dapur gas?
2026-08-26 07:50:53
1
juenz11
JueMazlan :
alfatihah.( dibaca )
2026-08-26 07:04:43
1
mamayaya76
mamayaya76 :
Allahuakbar Innalillah.. salam takziah buat seluruh ahli keluarga
2026-08-25 23:50:30
3
ilmanmk
Ilmanmk :
Al fatihah🤲
2026-08-25 23:16:07
4
budak_kecik78
yiemohamad :
Salam takziah..alfatihah
2026-08-26 01:06:23
3
user3971373215446
p.j.m@melayu perkasa :
Innalillahiwainnalillahirajiun
2026-08-26 06:07:00
1
dzulaikha49
o :
semoga abg tenang di sana....mummy syg abg Raihan....last jumpa bln lepas borak pasal sekolah ..
2026-08-26 07:42:18
2
merrya69
Aunty M roses :
al fatihah....salam takziah utk ahli keluarga
2026-08-26 06:50:00
1
zakiahazhar85
❣️kiah85❣️ :
innalillahiwainnailaihirojiun
2026-08-26 00:38:29
2
gerobok.cik.yah
gerobok Cik yah :
innalillahiwainnailaihirajiun
2026-08-26 06:05:18
1
msmyusoff
serindit merah :
al fatihah
2026-08-26 00:24:48
2
abam_bomba_ready_to_save
abam_bomba_ready_to_save🧑‍🚒 :
salam takziah AL Fatihah
2026-08-25 23:28:41
3
amrull_1977
amrull :
Al-Fatihah
2026-08-26 00:06:42
2
dinkj_kenyirhouseboat
Din KJ Kenyir Houseboat :
al fatihah
2026-08-26 00:36:55
2
asbehah.rashid4
Asbehah Rashid :
inalilahwainahilahirojuun
2026-08-26 00:08:49
2
nann4114
@mcnann231 :
salam takziah Al fatihah
2026-08-26 00:28:13
2
fadli9652
Fadli Fast :
Allahu 🥹 انا لله وانا اليه راجعون
2026-08-26 00:37:20
2
tengkuasmanika7
tengkuasmanika :
Innalillahiwainnailaihirojiun, salam takziah.. "Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihi wa'fuanhu". Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Al Fatihah بِسْمِ ٱللَهِ ٱلرَحْمَـنِ ٱلرَحِيم ٱلْحَمْدُلِلَهِ رَبِّٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَحْمَـنِ ٱلرَحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَاكَنَعْبُدُوَإِيَاكَنَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَٱلَذِينَأَنْعَمْتَعَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْوَلاَٱلضَاۤلِّينَ۞امين
2026-08-26 04:19:21
1
wanrozlaini
wanila⚘️ :
salam takziah
2026-08-26 00:17:17
2
zukie800
zuki :
inalilahwainahilahirojuun
2026-08-26 00:52:33
2
To see more videos from user @bombaterengganuofficial, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About