@nogoripost: Ustaz Lah didakwa pecah amanah dana NGO, pindah wang haram RM15.4 juta SEREMBAN : Pendakwah bebas dan pempengaruh agama, Ustaz Abdullah Abdol Razak atau lebih dikenali sebagai Ustaz Lah, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 51 pertuduhan membabitkan pecah amanah dana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemindahan wang hasil aktiviti haram berjumlah keseluruhan kira-kira RM15.4 juta. Abdullah, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datin M. Kunasundary. Mengikut 34 pertuduhan, tertuduh sebagai ejen dan Pengerusi Pertubuhan Rezeki Infaq Malaysia (PRIM), didakwa melakukan pecah amanah terhadap dana pertubuhan itu berjumlah RM13,847,535.89. Dia didakwa meluluskan pembayaran wang berkenaan ke beberapa akaun bank termasuk akaun miliknya sendiri tanpa kebenaran Mesyuarat Agung PRIM. Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di Biz Avenue, Seremban 2, di sini antara 28 Februari 2023 hingga 31 Mac 2026. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga 20 tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan. Bagi 17 pertuduhan lain, Abdullah didakwa memindahkan wang hasil aktiviti haram berjumlah RM1.56 juta daripada beberapa akaun bank termasuk akaun miliknya ke akaun beberapa syarikat lain bagi tujuan pembayaran pembelian emas. Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 18 Mei 2024 hingga 24 Februari 2026 di lokasi sama. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613]. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 15 tahun serta didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, mana-mana yang lebih tinggi. Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Datuk Ahmad Akram Gharib menawarkan jaminan RM1 juta dengan dua penjamin warganegara Malaysia yang bukan ahli keluarga tertuduh serta beberapa syarat tambahan. Bagaimanapun, peguam Azrul Zulkifli Stork yang mewakili Abdullah memohon jumlah jaminan dikurangkan. Beliau memaklumkan anak guamnya sudah berkahwin dan mempunyai 11 anak berusia antara empat hingga 15 tahun selain merupakan pemilik restoran dan pempengaruh dengan pendapatan tidak menentu. Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM700,000 dengan dua penjamin warganegara Malaysia berusia lebih 21 tahun. Daripada jumlah itu, RM400,000 adalah jaminan bercagar manakala RM300,000 tidak bercagar. Berita lanjut di nogori post.com @ komen di bawah. #ustazlah #sprm #selewengdana #pecahamanah #wangharam
Nogori Post
Region: MY
Wednesday 26 August 2026 07:20:54 GMT
Music
Download
Comments
MF☺ :
Ya Allah, dengan keberkatan sejuta selawat setiap pagi...permudahkan urusan Ustazlah Ya Allah.. semoga kemenangan untuk Ustaz.. Aamiin🤲🤲
2026-08-26 08:57:04
1155
AKU_MELAYU :
Dulu GISBH, Kemudian Ustaz Yakov Yusra Madad, sekarang Ustaz Lah. semua yg ada pengaruh kuat dikalangan org melayu islam.. faham kan.. kami faham sangat.. insyaAllah,, Kami bertawasul dgn keberkatan Selawat Ke atas Junjung Nabi Muhammad, semoga Allah beri keadilan seadil2 nya...
2026-08-26 11:51:08
2102
E*[] :
jgn fitnah..hari2 dia ajak kt berselowat..dia tau dosa pahala..smoga Allah mermberi pertolongan dan kemudahan buat ustaz lah..kami doa kan us4az tabah..Allah ada
2026-08-26 09:31:11
1392
Piza123 :
Abis semua org islam kena kacau
2026-08-26 08:55:58
783
∆¥!£J∆π10 :
madani style
2026-08-27 01:18:36
0
sea_tea :
Zaman penuh fitnah. Jangan mudah percaya, jangan mudah menghukum.
2026-08-26 12:09:01
53
🩷💚CIK TUN💚🩷 :
Ya Allah dgn keberkatan surah Al Waqiah,Al kahfi dan sejuta selawat kau permudahkan segala urusan ustaz kami ya Allah..Aamiin² Yaa Rabbal Alamiin
2026-08-26 11:07:08
53
Pastel Pink :
MADANI
2026-08-26 23:21:56
0
IjamSp :
teruk btl, fitnah ustd buat kerja haram.teruk btl kerajaan sekarang
2026-08-26 11:59:54
17
Kumbang kacak :
semoga ustazlah, keluarga & team sentiasa dalam lindungan Allah..semua kemenangan buat kalian..semoga kalian di beri kekuatan yg luar biasa utk terus berada di jalan Allah.. Aamiin
2026-08-26 11:59:06
1
@GreenOlive8128 :
ya Allah hadirkanlah pertolonganmu, permudahkanlah jgn dipersulitkan.. Allahumma Khairan Fii Kulli Amrin Antaziruh..Aamiin ya Rabbal Alamin
2026-08-26 10:29:58
23
zieta othman :
kepada followers ustaz,ingat pesanan ustaz, berdoalah, munajat pada Allah mohon tunjuk kebenaran Dan dipermudahkan Segala urusan sepanjang perbicaraan ini. 🥺
2026-08-26 10:10:35
640
Rozita Ghazali :
Dgn lafaz Bismillah.. La hawla quawata lillah billah... Semoga Allah permudahkan segala urusan Dr UstazLah dan keluarga diberi kekuatan, kesabaran dlm menempuh UjianMu Ya Rabb...
2026-08-26 12:00:57
135
leeza ramli :
Berkat sejuta SELAWAT setiap pagi...Moga Allah permudahkan segala urusan UstazLah, diberi kekuatan untuk menghadapi ujian ini dan sentiasa dalam lindungan Allah. Aamiin ya Rabbal Alaamiin.🤲
2026-08-26 09:16:43
639
zaiton123456 :
YA ALLAH YA TUHAN KU DENGAN KEBERKATAN BULAN MAULUD SERTA KEMULIAN SHOLAWAT SEJUTA KEPADA KEKASIHMU MAKA PERKENANKAN SEGALA DOA DOA SAHABAT SAHABAT SYURGA YANG SENTIASA MENGIKUTI LIVE USTAZLAH
MAKA BEBASKAN LAH USTAZLAH DAN ISTERI NYA DARIPADASEBARANG KESULITAN YANG BELIAU HADAPI AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM YA YAYYU QOYYUM YA ZAL JALALI WAL IKRAM
2026-08-26 09:32:20
268
che normahz :
sedih sgt tgk ni, semuga ustaz sentiasa dibawah lindungan Allah, rindu akan 100 juta selawat
2026-08-26 09:38:31
23
Hazwan_Ismail :
zaman madanon sekarang ni ,tuduh dulu dan sita,pastu netizen2 kecam dan hilang kepercayaan utk bagi sumbangan...bila dibuktikan xbersalah ,pihak yg report diam saja..mangsa tertuduh yg terkesan..
2026-08-26 11:53:54
38
LOVEYOURSELF'² :
aku yakin ustaz lah di fitnah!!! moga ada keajaiban dr pertolongan Allah buat ustaz lah🤲
2026-08-26 09:40:52
145
liza_srwk :
Saya cuma tahu USTAZLAH adalah insan pengantara yg mengajak saya memperbanyakkan selawat, mendisiplinkan diri bermunajat sepertiga malam lebih kerap dri dlu. Menebalkan lgi keyakinan pd Allah ya Latif, lebih membanyakkan masa untuk Al Quran berbanding dulu. Kami tidak saling mengenali tapi bila setiap kali berjemaah kami seperti keluarga yg ingin bersama di syurga Allah. Allah jua maha mengetahui, moga dimudahkan dan dibebaskan dari pertuduhan dan diangkat darjatnya krna perjuangannya. 🤲🤲🤲
2026-08-26 12:23:43
153
NatasyaYusof :
kenapa kuat hati saya berkata bukan dia & kuat hati saya nak doakan untuk dia walaupun tak kenal dia, ya Allah permudahkan segala urusan dia 🤲
2026-08-26 10:05:57
252
SueZulAura❤️ :
Saya lgsg xpercaya . Semua ni hnya fitnah dunia . Semoga ustazlah tabah hadapi ujian ni. Kmi semua bersama ustaz. Kita ada Allah ustaz , slu ustaz ckp masa live 🥺
2026-08-26 10:14:34
18
Amir91 :
nicky liew relax je scam org tahu² kerajaan skrg lepaskan gitu je😂
2026-08-26 09:02:07
400
Ciknadiaalyana :
didalam basic law.. didakwa tidak semestinya bersalah yee, hati hati dalam menjatuhkan hukuman serkap jarang pada orang.. lain orang lain ujian.. "didakwa" means hakim sendiri pun belum jatuhkan hukuman.. sama juga dengan "orang kena tuduh (OKT)", selagi tiada usul bukti, mereka belum lagi bersalah.. so hati2
2026-08-26 10:23:02
13
Zulkarnain Alexander :
TUDUH DULU
ROSAKKAN NAMA
BAGI RUNTUH REPUTASINYA
NGO² TTU JARANG DAN X PERNAH DIDEDAHKAN
2026-08-26 10:14:05
78
Uji_Ripin :
Kita sudah melalui dan membaca kes Gisb, aman palestin, Tabung Haji , ebit liew, ustaz Lah.Tak perlu komen berlebihan.
2026-08-26 10:12:53
549
To see more videos from user @nogoripost, please go to the Tikwm
homepage.