@penguatkuasakpdn: 📢 𝐖𝐀𝐉𝐈𝐁 𝐀𝐃𝐀 𝐀𝐏𝐏𝐒 𝐍𝐈 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐊𝐀𝐊𝐈 𝐒𝐇𝐎𝐏𝐏𝐈𝐍𝐆! 🛍️📱 Pernah tak terperdaya dengan tag "Diskaun 70%" tapi bila semak harga sebenarnya sama sahaja? Jangan bimbang! Dengan Aplikasi Rasmi KPDN: MySales Tracker (MST), anda kini boleh berbelanja sebagai pengguna yang bijak. Antara kelebihan utama aplikasi MySales Tracker (MST): ✅ Semak Bukti Diskaun Sebenar: Sahkan sama ada harga murah itu betul atau sekadar gimik jualan. ✅ Jualan Murah Radius 20KM: Cari lokasi butik atau kedai berdekatan yang sedang membuat jualan murah. ✅ Saluran Laporan Terus: Buat aduan segera sekiranya disyaki ada tawaran jualan murah yang mengelirukan atau palsu supaya tindakan siasatan dapat diambil. Mari jadi pengguna yang bijak dan berilmu! Muat turun aplikasi MySales Tracker secara percuma di Google Play Store dan App Store sekarang. #KPDNKita #NforceteamKPDN #MalaysiaMADANI #jualanmurah #MST