@syazanutritionist: Tengah TTC? Nak jaga kualiti sperma and telur? Ada satu jenis minyak ni yang saya selalu share dengan client BMF kita which is minyak zaitun especially Extra Virgin Olive Oil (EVOO). Bukan sekadar minyak masak je korang tapi kaya dengan MUFA & polyphenol yang support kesihatan sel, tinggi antioksidan dan anti-inflammatory. Ada kajian yg menunjukkan diet Mediterranean yang kaya EVOO ni dikaitkan dengan kualiti sperma yang lebih baik, manakala diet yang lebih baik secara keseluruhan turut dikaitkan dengan hasil rawatan ART yang lebih baik. Tapi ingat, EVOO bukan magic oil tau! 😆 Yang paling penting ialah overall diet + gaya hidup + consistency. So tips dia; 🌿 Pilih EVOO (any brand) 🌿 1–2 sudu besar sehari sudah memadai 🌿 Guna dalam salad dressing atau masakan suhu rendah/sederhana 🌿 Jangan lupa kalori nya pun tinggi juga tau sebab minyak tetap minyak 😊 #syazanutritionist #jomsayheart #ttc #fertilitynutritionist