@astroaudionews: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan aliran trafik mencecah 2.2 juta kenderaan di lebuh raya kendaliannya pada hari-hari puncak sepanjang 28 hingga 31 Ogos serta 4 hingga 7 Sept sempena sambutan Hari Kebangsaan dan cuti persekolahan. Sehubungan itu, PLUS menasihatkan pengguna merancang perjalanan lebih awal dengan merujuk jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA menerusi Aplikasi PLUS bagi membantu mengagihkan aliran trafik dan mengurangkan tumpuan kenderaan pada waktu puncak. Kredit: Bernama #AstroAudioNews