@bombaterengganuofficial: KEMALANGAN DI SETIU, SEORANG CEDERA SETIU | 26 OGOS 2026 (RABU) Satu kemalangan jalan raya melibatkan dua buah Proton Saga berlaku di hadapan Pejabat Tanah Setiu, petang tadi. Dalam kejadian sekitar 4.07 petang, sebuah Proton Saga dipercayai melanggar sebuah lagi Proton Saga sebelum terbabas ke dalam longkang di tepi jalan. Kemalangan melibatkan tiga mangsa, iaitu seorang mangsa cedera manakala dua lagi selamat. Kesemua mangsa berjaya keluar sendiri dari kenderaan dan tidak tersepit. Anggota dari BBP Setiu yang diketuai PBK I Mohd Asri bin Che Harun memberikan rawatan awal kepada mangsa yang cedera sebelum mangsa dihantar ke hospital menggunakan EMRS. Operasi melibatkan 7 anggota bersama sebuah FRT dan sebuah EMRS. JBPM Negeri Terengganu menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati, mematuhi peraturan lalu lintas dan mengutamakan keselamatan ketika memandu. 🚒 #JBPMTerengganu #Setiu #KemalanganJalanRaya #BombaPrihatin #KeselamatanJalanRaya

BombaTerengganuOfficial
BombaTerengganuOfficial
Open In TikTok:
Region: MY
Wednesday 26 August 2026 15:30:54 GMT
1288
43
0
3

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @bombaterengganuofficial, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About