@bomba.ttdi.kl: 🌫️ WASPADA JEREBU DI MALAYSIA ! 😷 Jerebu boleh menjejaskan kesihatan, terutama ketika melakukan aktiviti luar atau aktiviti fizikal yang lasak. Sebelum keluar, semak bacaan IPU terkini dan rancang aktiviti dengan bijak. Jika IPU tidak sihat, kurangkan aktiviti luar, lindungi diri dengan pelitup muka yang sesuai dan pastikan badan kekal terhidrat. 🚨 Jangan abaikan tanda-tanda seperti batuk, sesak nafas, sakit tekak atau mata pedih. Utamakan kesihatan dan dapatkan rawatan jika perlu. 👨🚒 Jaga diri. Jaga kesihatan. Jaga Keluarga. 🎬 Video kesedaran awam ini dibawakan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tun Dr Ismail. @BombaMalaysiaOfficial @BOMBA KL OFFICIAL #Jerebu #WaspadaJerebu #KeselamatanAwam #creatorsearchinsights #fypvideotiktok