@501awani: Lebih 50 rakyat Malaysia di Nepal masih gagal dihubungi oleh ahli keluarga susulan banjir dahsyat pada Rabu yang turut menyebabkan ratusan penduduk tempatan dan warga asing belum diketahui nasib mereka. “Kami masih mengumpul maklumat mengenai rakyat Malaysia yang tidak dapat dihubungi. "Ahli keluarga gagal menghubungi lebih 50 rakyat Malaysia,” kata Kuasa Usaha Kedutaan Malaysia di Kathmandu Mohd Firdaus Azman kepada Bernama lewat Rabu. #AWANInews Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/banjir-nepal-lebih-50-rakyat-malaysia-gagal-dihubungi