@bernamatvofficial: Dua pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merupakan antara rakyat Malaysia yang masih gagal dihubungi susulan kejadian banjir kilat di Rasuwa, Nepal semalam. Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata seorang daripada mereka bertugas sebagai Timbalan Pengarah Bahagian di Ibu Pejabat JBPM manakala seorang lagi ialah pegawai di Akademi JBPM Wilayah Tengah. Beliau berkata kedua-dua pegawai lelaki berkenaan adalah sebahagian daripada kumpulan 10 rakyat Malaysia dalam perjalanan menuju Everest Base Camp (EBC) yang mula bertolak ke Nepal pada malam Isnin lepas. “Seorang pegawai kanan bomba dan seorang pegawai bomba. Mereka dalam perjalanan ke EBC. Mereka bukan mendaki, tetapi tracking dan menggunakan jip, mengikut laluan Tibet,” katanya ketika dihubungi hari ini. #digitalbernama #banjir #nepal #bomba