@sinarharianonline: Tempoh reman bekas CEO TH disambung 4 hari Tempoh tahanan reman bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji (TH) yang berakhir hari ini dilanjutkan selama empat hari berakhir Isnin depan. Majistret, Ezrene Zakariah menetapkan tempoh tersebut selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis. #SinarHarian #BeritaTerkini #60Saat #CEO #TH #Reman