@hdinhafizuddin: Tragedi di sempadan Nepal-Tibet, China dipercayai berpunca daripada apa yang dipanggil sebagai Glacial Lake Outburst Flood (GLOF). Maklumat awal menunjukkan satu bahagian glasier Banjaran Himalaya runtuh ke lembah, lalu menghasilkan runtuhan ‘avalanche’ yakni campuran ais, batu dan sedimen sungai (percampuran pasir lodak dan lumpur). Bahan-bahan ini kemudiannya memasuki sistem saliran di lembah (Sungai Trishuli) lalu menghasilkan aliran debris serta banjir besar dengan tenaga yang cukup padu sehingga menuju ke arah kawasan sempadan Nepal dan Tibet/China. Reuters melaporkan runtuhan dinding lumpur dan batu ke dalam sistem sungai sebagai pencetus kepada banjir besar bertenaga tinggi, manakala AP melaporkan pakar mengaitkan bencana itu dengan keruntuhan glasier. Rantaian proses yang paling munasabah setakat ini adalah: Ketidakstabilan glasier/cerun ↓ Runtuhan besar ais + batu (ice-rock avalanche / landslide) ↓ Material memasuki atau menyekat sistem sungai ↓ Air bercampur sedimen dan debris membentuk aliran berkelajuan tinggi ↓ Sekatan sungai mungkin menyebabkan air bertakung sementara ↓ Sekatan gagal/pecah atau aliran melimpah secara mendadak ↓ Banjir kilat besar + aliran lumpur dan debris ke kawasan hilir. #Nepal #Tibet #China #GLOF #fyp