@mediaselangor: Kerajaan Negeri menyasarkan nilai potensi transaksi sebanyak RM8 bilion dan sekurang-kurangnya 500 mesyuarat perniagaan berimpak tinggi pada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) tahun ini, dalam usaha memperkukuh kedudukan Selangor sebagai pintu masuk ke ASEAN. EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti, Ng Sze Han berkata, sasaran itu mencerminkan usaha negeri untuk menarik pelaburan berkualiti serta memperkukuh kerjasama antara pemain industri menerusi sidang kemuncak tahunan berkenaan. #MediaSelangor #KlikSemasa