MamaMochi :
Bagi ibu ayah, sedikit perkongsian daripada saya. Berkecimpung dalam pendidikan awal kanak-kanak lebih 10 tahun. Ada beza lembut dan tegas. Peraturan kena tegas. Dilanggar maka akan ada akibat /kesan. Kalau bergaduh atau berebut, cakap elok2 masih buat, bagi warning dulu. Bagi masa dulu. Akibat kalau langgar adalah no toys. Jadi kalau dah cakap begitu, kena betul2 buat, simpan toys terus bila bergaduh. Esok baru main. Jangan biasakan dengar suara tinggi, nanti dia akan tunggu volume tu saja baru tau perlu ikut, sebab masa volume kuat tu baru ada akibat keluar. Tukar ke suara besar/garau. Low pitch, ala2 suara lelaki. Tak lah penat nak menjerit. Bagi anak yang dah faham, kita kena terus terang, "mama dah sakit suara, perit tekak mama nak tegur abang ni. Abg tak kesian kat mama ka?. Kalau sayang mama, mama cakap sekali sahaja, abg ikut ok. Supaya mama tak sakit. "
2026-08-29 00:58:03