@suarasarawak: Kerajaan Sarawak Peruntuk RM3 Juta Naik Taraf Gereja St Stephen dan Dewan Suarah Bau. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Datuk Henry Harry Jinep hari ini memaklumkan bahawa projek pengubahsuaian Gereja St Stephen dan Dewan Suarah Bau yang bernilai RM3 juta menerusi peruntukan Agensi Pembangunan Penyelarasan Kuching Besar (GKCDA) kini berjalan lancar demi meningkatkan keselesaan penduduk setempat. Projek bernilai RM1 juta bagi Gereja St Stephen merangkumi pemasangan sistem pendingin hawa, penambahbaikan bekalan elektrik, pembaikan kebocoran bumbung, serta kerja mengecat semula ruang siling yang kini sedia untuk diuji. Manakala projek bernilai RM2 juta bagi Dewan Suarah Bau pula melibatkan pembinaan asas dan pemasangan lif serta eskalator yang diimport dari China bagi memudahkan kemudahan mesra pengguna terutamanya golongan kurang upaya (OKU), dengan jangkaan siap menjelang penghujung tahun ini. #bau #tasikbiru
memang sepatutnya rumah²ibadat layak mdpt peruntukan dari kerajaan.surau,masjid pun dibin hasil cukai & pdptan negeri/negara.bukannya duit dari zakat,duit zakat xboleh pakai bina surau,masjid.kerajaan kena adil jgn pilih kasih
2026-08-28 08:56:54
3
V :
let's go kerajaan GPS
2026-08-28 05:43:31
1
abel :
apa maksud naik³ tu,perli taupun sengaja mempersendakan agama lain????
2026-08-28 07:07:56
0
To see more videos from user @suarasarawak, please go to the Tikwm
homepage.