@nusatimes: 51 rakyat Malaysia belum dapat dihubungi KUALA LUMPUR, 28 Ogos 2026 - Sekurang-kurangnya 51 rakyat Malaysia masih belum dapat dihubungi susulan banjir besar yang melanda kawasan Nepal dan Tibet, ketika angka korban bencana itu meningkat kepada sekurang-kurangnya 472 orang setakat jam 1 tengah hari waktu Malaysia. Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu sedang memantau perkembangan dan berusaha mendapatkan maklumat terkini mengenai keberadaan rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas. Gangguan sistem komunikasi, bekalan elektrik serta kerosakan infrastruktur yang meluas dipercayai menjadi antara faktor utama sebahagian rakyat Malaysia masih belum dapat dikesan. Setakat laporan terkini, belum ada pengesahan rasmi mengenai kematian rakyat Malaysia dalam bencana berkenaan. Sebahagian rakyat Malaysia yang terjejas dipercayai berada dalam perjalanan atau menyertai rombongan ke kawasan Mount Kailash, antara destinasi keagamaan dan pelancongan utama di Tibet. Dalam perkembangan sama, angka korban akibat banjir kilat besar yang melanda kawasan sempadan Nepal dan Tibet terus meningkat, dengan sekurang-kurangnya 472 kematian dilaporkan, manakala hampir 1,000 lagi masih hilang. Bencana yang bermula pada 26 Ogos itu dipercayai tercetus selepas berlaku runtuhan besar batuan dan sebahagian glasier di kawasan pergunungan Himalaya. Kejadian itu menghasilkan aliran deras air, lumpur, ais serta serpihan batu yang bergerak menuju sistem sungai utama di Nepal dan Tibet. Antara kawasan paling teruk terjejas di Nepal termasuk Rasuwa, Syapru Besi, Timure dan Rasuwagadhi, selain beberapa kawasan sepanjang Sungai Trishuli hingga ke Nuwakot. #nusatimes #Nepal #Tibet #FlashfloodNepal

Nusa Times
Nusa Times
Open In TikTok:
Region: MY
Friday 28 August 2026 06:25:02 GMT
165383
4343
144
628

Music

Download

Comments

satheeshcandran
Satheesh :
God is not our bodyguard; He is our guide. 🙏 Devotion is not insurance against tragedy it gives us strength to face whatever happens. True spirituality is accepting nature’s laws and praying for those affected.
2026-08-28 09:38:51
0
hawe8453ghokkghekk
haweyy :
wow nice view what movies it's
2026-08-28 09:52:08
0
masterkie1971
master Q :
Ini semua amaran dari allah s.w.t
2026-08-28 09:08:59
47
alma231178
Sagittariusgirl23 :
God well come 🙏🙏🙏🙏🙏 this is the sign 🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏
2026-08-28 09:29:35
0
orkedtopaz
OrkeDToPaz :
ALLAH IS POWERFULL
2026-08-28 09:48:39
1
ii.krish_
ii.krish_ :
Hope all safe
2026-08-28 09:00:10
0
shean2gmail.com
April :
kifarah.. org lain pun terbabit skali
2026-08-28 10:02:03
7
aziefaridz8
AzieFaridz :
sebelum2 ni aku nmpk situasi ni dlm mimpi je.kerap kali mimpi yg sama mcm ni tapi xtahu tempatnya di mana..tempat yg aku mimpi x sama dgn tempat Nepal ni....hr ini aku dpt tngk yg nyata berlaku di Nepal..🥺
2026-08-28 09:06:09
11
cintakita6210
Gemini ♊ :
KIFARAH ITU NYATA.. SETIAP APA YG KITA BT, PASTI AKN ADA BALASAN YG SETIMPAL DGN PERBUATAN.. APA YG KITA TABUR, ITULAH YG AKN KITA TUAI..
2026-08-28 09:39:36
16
roziahzie07
R. Zi :
nasib kejadian siang bole nmpk n sempt jugklah nk lari.klau mlm org semua lena tdur...
2026-08-28 09:04:29
6
zaff.baba
zaff baba :
💚🇵🇰🇧🇩 Nepal Palestine 💚
2026-08-28 09:29:29
0
user98600514360196
hairul :
Allahuakbar
2026-08-28 07:34:08
13
fadzli.tajuddin
Acik fz :
this is. Ai
2026-08-28 07:06:26
0
rohayati.mohamed4
Rohayati Mohamed :
hasbunaAllah wanikmal wakil
2026-08-28 10:02:35
2
cahayamentarii948
cahayamentari948 :
macam tsunami je
2026-08-28 10:05:04
3
suraya2598
Nur Suraya270 :
ya allaah,dahsyat nya teguran MU ya Allaah,
2026-08-28 10:00:39
3
kusalinakusulong
Ku Salina :
allahuakbar takutnya tegok
2026-08-28 09:55:56
1
4m1nn67
min_m :
Tanda kiamat dh dekat
2026-08-28 10:00:05
2
orkedtopaz
OrkeDToPaz :
hasil kejahatan TANGAN2 manusia
2026-08-28 09:46:31
9
matrashid5828
Mat Rashid :
ALLAHUAKBAR...
2026-08-28 09:59:40
1
norhamid2482
NorHamid248 :
Dari mana air datang
2026-08-28 08:08:53
2
akadeasuke87
Sarah Hsein :
ini paling dahsyat. ramai org kaitkan bencana ni macam dalam movie 2012.
2026-08-28 10:07:55
0
comment_reader19
comment reader :
orang atas balkoni itu berdebat tak tahu akan hidup atau tak but malaysians but apa disana melancong ke apa
2026-08-28 10:01:03
0
juejuliya77
jue :
Allahuakhbar!
2026-08-28 08:59:37
4
norlianayana85
💐yana tomey❤️‍🩹 :
allahuakbar
2026-08-28 09:39:55
1
To see more videos from user @nusatimes, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About