@amilin_294: Assalamualaikum. Bismillahirahmanirahim Salam Jumaat. Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah. Atas izin-Nya, masih dipinjamkan umur, nikmat, kesempatan dan kekuatan untuk kita terus bersama. Abang mewakili keluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang selama ini menemani dan membantu. Hari ini genap 30 hari Almarhum meninggalkan kita, dan 10 bulan arwah Abi mendahului kita. Dalam tempoh setahun ini, terlalu banyak yang telah Allah tunjukkan kepada kita — tentang kehilangan, ujian, kasih sayang dan juga nikmat. Maka banyakkanlah bersyukur. Apa yang Allah masih izinkan ada dalam jemaah ini adalah nikmat yang jangan kita pandang kecil. Kita tidak ramai, tetapi Allah masih menghimpunkan kita dalam satu ruang, satu amanah dan satu perjuangan. Kita sudah melalui kehilangan. Jangan pula kerana perbezaan, ego atau hasad, kita kehilangan silaturahim. Perjuangan tidak semestinya hancur kerana musuh dari luar. Kadang-kadang ia retak kerana hati yang tidak dijaga, adab yang semakin hilang dan rasa tidak senang melihat kelebihan saudara sendiri. Kalau ada masalah, berbincang. Kalau ada persoalan, bertanya. Kalau ada kekurangan, tegur dengan adab. Dan jangan berpuak-puak. Itulah antara pesan Abah yang perlu kita pegang. Kita semua ada kelebihan dan kekurangan. Jangan sibuk mencari salah orang sehingga lupa mensyukuri nikmat Allah yang ada pada kita. Semangat sahaja tidak cukup. Kita perlukan niat yang benar, ilmu yang membimbing dan adab yang menjaga perjuangan. Ilahi anta maqsudi wa ridhaka matlubi. Allah tujuan kita, redha-Nya yang kita cari. Bukan pujian manusia, bukan kedudukan, dan bukan pengiktirafan. Untuk 100 hari ini, banyakkan muhasabah. Kurangkan marah, emosi dan sangka buruk. Belajarlah agama sementara Allah masih memberi masa. Ilmu adalah imam kepada amal, dan itulah antara harta paling mahal untuk kita menyambung jasa guru-guru dan perjuangan Abah. Sebelum kita melihat kesalahan orang lain, tanyalah hati sendiri: “Adakah aku sedang menyambung perjuangan ini, atau tanpa aku sedari menjadi sebab ia berpecah?” Abang juga banyak kekurangan. Maafkan segala salah dan silap abang kepada semua. Jaga adab. Jaga keluarga. Jaga silaturahim. Balai Adat itu ada tuannya. Hormatilah mereka dan keluarganya. Kita datang membawa amanah, maka pulanglah dengan adab. Semoga Allah terus limpahkan nikmat, satukan hati kita, jauhkan hasad dan perpecahan, serta menjadikan kita semua penyambung amanah yang lebih baik. Apa yang Abah bina jangan kita wariskan perpecahan. Wariskanlah ilmu, adab, kasih dan perjuangan. Al-Fatihah buat Almarhum Abdul Ghafar Bin Abdul Majid dan Almarhum Mohd Azli Bin Ali #wongserwarrior294 #balaiadatIM5
Amilin@294
Region: MY
Friday 28 August 2026 07:53:01 GMT
Music
Download
Comments
RM INDRA PUTRA👑SAKTI :
ALLAHUMMA SOLLI ALA SAYYIDINA MUHAMMAD MENGALIR AIR MATA SAAT MEMBACA…TERASA KUAT INGIN BERSAMA…ALLAHUAKBAR…ADAB DI BAWA TAPI RAMAI YANG KURANG ADAB MAKA BIADAP INGIN MEMBEZAKAN SEHINGGA ADA YANG MEMILIH UNTUK MENJAUH TAPI DI LUBUK HATINYA SANGAT INGIN BERSAMA…KATA2 SIFU TOK ALIMIN MENYENTUH QALBU HAMBA YANG HINA YANG LAUNGAN SUARA DALAM TANGISAN SEHINGGA TIDAK BERSUARA MENJERIT DALAM SENDIRIAN…ALLAH ALLAH ALLAH😭😭😭 BERKATI MEREKA PERJUANGAN MEREKA DEMI ALLAH DAN RASUL…JADIKAN MERAKA GOLONGAN HATINYA SEPERTI KEPINGAN BESI…HANYA UNTUK AGAMA BANGSA DAN TANAH AIR BUKAN KERANA DARJAT KUASA DAN KEMASYURAN ALLAHUMMA SOLLI ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA ALA ALI SAYYIDINA MUHAMMAD…🤲AAMIIN YA ALLAH YA RASULULLAH…
2026-08-28 16:37:36
2
Saiful.Rahman :
semoga persaudaraan kita yang masih berjuang ni sentiasa utuh selamanya. Alfatihah kepada ustaz dan abah yg kita contohi. 🤲
2026-08-28 13:50:54
1
aimannn :
al fatihah buat dua insan yang hebat Allah pinjamkan , semoga abang selalu dalam rahmat Allah ye , sayang abanggggg❤️❤️❤️❤️
2026-08-28 09:35:50
2
6MRO :
W'slm.. InshaAllah sifu... 🙏
2026-08-28 10:40:55
1
mohdariffinbillah :
Al fatihah buat abah&abi…semoga syurga buat guru2 sy…aminn ya ALLAH🤲🏼🤲🏼🥲
2026-08-28 17:05:36
1
DANIEAL BEAN :
In sha Allah sifu 🥰 saya ada walau jauh dimata
2026-08-28 08:39:20
1
SifuHaziq294 :
al-fatihah
2026-08-28 08:05:14
1
@Belantara_294 :
semoga persahabatan kt semua kekal buat selama²nya
aamiin aamiin ya rabbal alaamiin istajib doa ana kulinna ajma in nar Allah 🤲🏻
2026-08-30 06:27:23
1
Skyproe@Samcupet :
insyaallah.. berkehendak baik dipermudahkan allah swt
2026-08-29 15:12:08
0
Jebat36🐉🐅 :
Al-Fatihah🤲
2026-08-28 13:31:17
0
Alangsriputra :
👍💪🤲🤲🤲🥺
2026-08-28 08:07:26
1
puspawangi :
🤲🤲🤲
2026-08-29 01:55:36
0
Dicintai Rasulullah :
🥰🥰🥰
2026-08-28 20:03:42
0
lee@91 :
❤️❤️❤️
2026-08-30 13:25:56
0
To see more videos from user @amilin_294, please go to the Tikwm
homepage.