EliteMindsetMY :
Tidak sesimple itu, untuk layak menjadi nabi perlu ada minimal 4 sifat, amanah(dapat dipercayai tidak khianat) fatonah (kebijaksanaan), siddiq (sentiasa benar tidak berdusta), Tabligh (menyampaikan).
Untuk sosok nabi saw, beliau ada semua sifat ini boleh baca biographynya. Jika seseorang itu mengaku sebagai nabi, ada 4 kemungkinan yang logik:
1. dia berkata benar,
2. dia berbohong
3. Dia tersalah atau terpedaya
4. Dia mengalami kekeliruan persepsi, mental yang serius
Dalam kes nabi Muhammad Saw :
1.Beliau terkenal dengan gelaran al amin, orang yang terpecaya, meskipun musuhnya mereka tetap mengakuinya sebagai al amin.
2. Wahyu yang disampaikan berlangsung selama 23 tahun bukan satu pengelaman terpencil. Kandungannya membentuk satu sistem kepercayaan, ibadah, hukum dan etika yang sangat luas.
3. Dalam riwayat sirah sejarah Nabi Muhammad ﷺ digambarkan mampu:
berkomunikasi secara teratur,
memimpin masyarakat,
membuat keputusan dalam konflik,
mengatur pentadbiran,
membina perjanjian,
mengajar dan menjawab pelbagai persoalan,
serta mengekalkan kesinambungan ajaran sepanjang tempoh dakwah
Jadi beliau bukan gila atau ada masalah mental.
Jadi tinggal 1 kesimpulan yang logik beliau berkata benar. Tapi org yang mau menapikan beliau cuma membawa prasangka dan assumsi.
2026-09-23 12:52:25