@naim8osman: Sharing is caring guyss MAKLUMAN DAN PERHATIAN❗️ ⛔️ PENUTUPAN JALAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 TAHUN 2026 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN 🇲🇾 Pada : 🚗 29 Ogos 2026 (Sabtu), dan 🚓 31 Ogos 2026 (Isnin) Beberapa jalan utama di sekitar bandar Kuala Terengganu akan terlibat dengan penutupan jalan bagi memberi laluan kepada Raptai Penuh dan Majlis Perarakan dan Perbarisan Hari Kebangsaan 2026. Penutupan dijadualkan bermula jam 06.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari, yang akan melibatkan laluan perarakan sejauh kira-kira 2.7 kilometer. Antara kawasan yang terlibat: 📍Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah 📍Jalan Pejabat, Persimpangan Wisma Darul Iman 📍Jalan Sultan Ismail, Bulatan Ladang 📍Jalan Sultan Zainal Abidin sehingga Dataran Shahbandar. Sila rancang perjalanan lebih awal dengan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan. Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Terengganu di 09-6322243. Sumber: IPD Kuala Terengganu Polis Terengganu #HariKebangsaan2026 #raptai #Terengganu #HariKebangsaanKe69 #MalaysiaMADANI