@farhanfauzi_my: Hati mana yang tidak tersentuh melihat perjuangan kecil Adik Nur Filzah yang kini tabah bertarung dengan penyakit leukemia di sebuah hospital di Terengganu. Saya menyantuni ayah beliau, Encik Faizal, di Indera Mahkota 2 serta sempat menyapa ibu beliau, Puan Nur Fiza, menerusi panggilan video bagi melihat keadaan terkini Adik Filzah yang sedang menjalani rawatan. Mewakili YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim, saya menyampaikan sumbangan serta bakul makanan bagi meringankan beban yang dipikul keluarga ini. Sama-sama kita mendoakan agar Adik Nur Filzah diberikan kesembuhan segera dan seluruh urusan Encik Faizal sekeluarga dipermudahkan-Nya. #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #YakinMADANI #ZiarahMADANI #fyp