@sinarharianonline: "Insya-ALLAH, saya akan maklumkan bila tempoh bertenang saya selesai,” demikian respons aktivis masyarakat, S Chandrasegaran atau lebih dikenali sebagai Cikgu Chandra berhubung hantaran lafaz syahadah yang dimuat naik di Facebook miliknya pada Jumaat. Bagaimanapun, beliau berkata, buat masa ini, pihaknya memilih tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara tersebut kerana mempunyai keluarga yang perlu dilindungi. #sinarharian #beritaterkini #cikguchandra #lafazsyahadah