@drhafidzahmustakim: 🇲🇾 100 BUAH MOTOSIKAL SERTAI KEMBARA MERDEKA MADANI DUN KOTA LAMA 🇲🇾 Alhamdulillah, pagi tadi dengan penuh semangat saya hadir ke Program Kembara Merdeka MADANI yang menghimpunkan hampir 100 buah motosikal menyertai konvoi Kembara Merdeka. Program dimulakan dengan solat hajat, selawat sempena Maulidur Rasul serta penyerahan Jalur Gemilang kepada para peserta sebelum meneruskan perjalanan konvoi. Kembara penyerahan Jalur Gemilang bermula di Masjid An-Nur Kubang Pasu, kemudian ke Pasar Kubang Pasu, Medan Selera Jalan Kebun Sultan, Pasar Siti Khadijah dan seterusnya berakhir di Mukim Jalan Gajah Mati. Setiap hentian menjadi simbol bahawa semangat kemerdekaan adalah milik semua daripada masjid, pasar, medan selera hinggalah ke setiap pelosok komuniti. Bagi saya, semangat kemerdekaan bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang, tetapi bagaimana kita bersama-sama menghargai keamanan, memelihara perpaduan dan membina Malaysia yang lebih baik untuk semua. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini termasuk pegawai-pegawai Pusat Khidmat DUN Kota Lama, Jabatan Penerangan Negeri Kelantan, Komuniti MADANI Kota Lama, Kelab Motor Kota Lama serta KRT Jalan Gajah Mati. Turut hadir bersama dalam kembara ini adalah Encik Mohd Zamzuri Salleh, Wakil Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan, Sr. Haji Che Rahimi Samat, Pengerusi Komuniti MADANI Kota Lama dan Ahmad Tarmizi bin Mustafa (Abe Sky), Ketua Kelab Motor Kota Lama. Dari Kota Lama, kita kibarkan Jalur Gemilang dengan bangga. Dari hati rakyat, kita semarakkan semangat Malaysia MADANI! 🇲🇾❤️ Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026 MALAYSIA MADANI KESEJAHTERAAN DINIKMATI #DrHafidzah #DunKotaLama #KembaraMerdekaMADANI #MalaysiaMADANI #KitaBinaBersama
Dr Hafidzah
Region: MY
Friday 28 August 2026 11:28:38 GMT
Music
Download
Comments
SKY77 :
Terbaik YB
2026-08-28 12:51:51
3
Bro Sol :
Terbaik YB! Semangat merdeka Kota Lama🇲🇾
2026-08-28 12:51:53
4
Sang Gegala :
YB terbaik untuk pengundi terbaik.
program yg penuh dgn semangat kemerdekaan.
kekal YB Dr Hafizah.
pertahan kota lama.
2026-08-28 12:45:22
3
zuraidaidris695 :
Alhamdulillah 🥰
Terbaikkk YB👍👍👍
2026-08-28 11:59:00
3
Sarah Hasin :
Terbaik Yb Dr Hafidzah Adun kota lama semangat merdeka. #KITABINABERSAMA.
2026-08-28 11:36:30
3
MAT.LUKMAN :
semangat 🇲🇾🇲🇾🇲🇾
2026-08-28 12:39:56
2
zaaismail :
Terbaik YB DUN kota lama🥰
2026-08-28 15:30:13
1
ruzita binti abdullah :
TERBAIK YB DR....❤️🇲🇾❤️
2026-08-28 11:51:21
2
fikri johor :
tahniah YB.. terbaik teruskan santuni warga Malaysia
2026-08-29 02:52:58
0
PDMM :
2026-08-28 15:19:53
1
putree.bounty :
TERBAIK YB !!❤️❤️❤️
2026-08-28 11:36:37
3
Corelle Aussie :
🥰🥰🥰 MashaAllah yb..padu lahh yb.. terima kasih byk2 yb kerana meraikan prog untuk anak muda
2026-08-28 11:36:41
1
GR25K OFFICIAL :
👍 Terbaik terus melangkah demi kesejahteraan bersama
2026-08-28 13:06:04
2
Ummumunzir :
“Tahniah YB ADUN Kota Lama atas kepimpinan yang menyatukan rakyat; apabila Jalur Gemilang berkibar bersama semangat perpaduan, di situlah lahirnya erti sebenar sebuah Malaysia yang gagah dan bermaruah. 🇲🇾
2026-08-28 12:43:16
2
Arif Azwan mohd :
nak ikut jgk yb
2026-08-28 15:19:45
1
peyang :
Terbaik YB 🇲🇾
2026-08-28 13:11:04
2
Sarah Hasin :
Terima kasih PDRM,PENERANGAN, TEAM RIDER,PKD KOTA LAMA, PENGGERAK KOTA LAMA N KRT GAJAH MATI YG SANGAT MANTAP
2026-08-28 12:39:29
5
mazwimimahmood :
Jauh panggil tak dengar tok wokil pas cara menyantuni rakyak..prn nnt bagi menang plak YB DR Hafidzah ore kota lama
2026-08-28 14:49:52
2
SKY77 :
@Gabungan Permotoran Kelantan
2026-08-28 13:12:25
2
Daus :
👍🏻👍🏻
2026-08-29 02:07:05
0
To see more videos from user @drhafidzahmustakim, please go to the Tikwm
homepage.