@mimaassegaf2: اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد Yakinlah bahawa setiap takdir Allah itu baik. Jika ada sesuatu yang terasa seperti takdir yang buruk, ingatlah bukan takdir itu yang buruk, tetapi pandangan kita yang belum sampai untuk melihat hikmah di sebaliknya. Kerana di balik setiap ujian yang menyakitkan, ada rahmat yang tersembunyi. Dan di balik setiap kehilangan, ada gantian yang lebih indah yang sedang menunggu pada waktunya. Allah tidak pernah salah menulis takdir, hanya kita yang kadang belum mampu memahami jalan-Nya.