@viraltvterkini: ANUGERAH MELODI TERHANGAT 2026 KEMBALI DENGAN “POWER” LEBIH LUAR BIASA 16 Anugerah Bakal Jadi Rebutan, Nama-Nama Popular Berentap Merebut Gelaran Pilihan Peminat! Detik paling “Terhangat” tahun ini sudah tiba! Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2026 kembali dengan tema “Power,” meraikan selebriti dan karya yang menyerlah menerusi populariti dan pengaruh masing-masing. Lebih istimewa, edisi kali ini menampilkan 7 kategori baharu, menjadikan keseluruhan 16 anugerah yang bakal dipertandingkan. Bakal berlangsung pada 18 Oktober 2026, Ahad, jam 9.00 malam, AMT 2026 akan disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan Tonton. Selari dengan tema “Power,” AMT tahun ini berteraskan tiga elemen utama iaitu “Star Power” yang menonjolkan keunikan setiap selebriti, “Fan Power” yang menjadi penentu kemenangan dan “Melodi’s Power” sebagai platform yang terus menggerakkan momentum arena hiburan tempatan. Menyemarakkan lagi penganjuran tahun ini, AMT 2026 mendapat sokongan CUCKOO sebagai Penaja Terhangat, Darlie sebagai Penaja Bersama, Mentos sebagai Rakan Penaja serta Grab sebagai Rakan E-Hailing. Buat julung kalinya, 8TV menjadi Rakan Media dan bekerjasama dengan TV3 dalam menjayakan AMT 2026 serta CUCKOOTOPIA - KONSERT PENGHARGAAN ULANG TAHUN KE-12 DIHANGATKAN OLEH AMT 2026, yang bakal menyusul selepas acara anugerah. Kerjasama ini turut disokong Hot FM sebagai Rakan Radio, serta XTRA dan OhBulan! sebagai Rakan Digital. #anugerahmeloditerhangat #tv3malaysia #tonton @TV3Malaysia
Viral TV Terkini
Region: MY
Friday 28 August 2026 17:48:20 GMT
Music
Download
Comments
Nur Farhana :
😂😂😂
2026-08-28 20:58:51
0
To see more videos from user @viraltvterkini, please go to the Tikwm
homepage.