@ahllam__1:

أحــلام
أحــلام
Open In TikTok:
Region: SA
Friday 28 August 2026 18:21:57 GMT
2754
139
2
20

Music

Download

Comments

masfr112233
لــعــلها خـــيـــره ..❣️ :
حسبي ربي وكفى 🤲🥹💔
2026-08-29 01:56:07
0
mohammedalsrhan5
السرحاني :
فعلاً
2026-08-28 18:27:37
0
To see more videos from user @ahllam__1, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

DUA LELAKI DISYAKI MENYAMAR PEGAWAI PENGUAT KUASA, PERAS WARGA ASING RM1,500 PENAMPANG; 28 OGOS 2026 (Jumaat) – Dua lelaki tempatan berusia 19 dan 28 tahun ditahan polis selepas disyaki menyamar sebagai pegawai agensi penguat kuasa dan melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki warga asing di Kampung Koidupan Sugud, di sini. Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.10 tengah malam apabila kedua-dua suspek yang memakai pakaian menyerupai seragam agensi penguat kuasa menghampiri mangsa dan meminta dokumen pengenalan diri. Menurutnya, suspek kemudian mendakwa mangsa melakukan kesalahan kerana gagal mengemukakan pasport sebelum meminta bayaran sebanyak RM1,500 kononnya untuk menyelesaikan kesalahan berkenaan. “Apabila kedua-dua suspek diminta menunjukkan kad kuasa, mereka tiba-tiba cuba melarikan diri namun berjaya ditahan penduduk kampung sebelum diserahkan kepada pihak polis,” katanya dalam kenyataan media hari ini. Polis turut merampas beberapa helai pakaian menyerupai seragam agensi penguat kuasa yang dipercayai dipakai suspek ketika kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 384 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan masing-masing kerana disyaki melakukan pemerasan serta menyamar sebagai penjawat awam. Jika sabit kesalahan, Seksyen 384 memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut. Manakala, Seksyen 170 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap individu yang menyamar sebagai pegawai penguat kuasa dan segera melaporkan sebarang kejadian atau perlakuan mencurigakan kepada pihak polis.

About