@japentv: HKHM 2026 | Kibarkan Jalur Gemilang, Gelorakan Semangat Patriotik! 🇲🇾 Kibarkan Jalur Gemilang, gelorakan semangat patriotik! 🇲🇾 Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, ayuh kita bersama-sama menyemarakkan rasa cinta akan negara dengan mengibarkan Jalur Gemilang di setiap kediaman. 🏠 Jalur Gemilang bukan sekadar lambang negara, tetapi cerminan maruah, perpaduan dan jati diri rakyat Malaysia. Bersama-sama kita hayati semangat kemerdekaan, perkukuh kebersamaan dan terus melangkah menuju Malaysia yang sejahtera. 🤝🇲🇾❤️🤍💙💛 #HKHM2026 #MalaysiaMADANI #KesejahteraanDinikmati #1R1JG #JabatanPenerangan