@kesuma.atma: “Jangan datang terlalu dekat,” kata mawar itu perlahan, “aku tumbuh bersama duri, dan di balik kelopak-kelopak ini tersimpan racun yang tidak kau kenali. Barangkali, kau akan terluka hanya kerana ingin menyentuhku.” Namun lelaki itu tidak berganjak. “Kalau begitu, biarlah tanganku berdarah, asal sempat aku menggenggam sebatang mawar sepertimu.” Mawar itu diam. Angin datang menyisir kelopaknya, membawa harum yang bahkan tidak pernah berniat untuk diberikannya. “Kau tidak mengerti,” bisiknya kemudian, “mungkin kau tidak gentar melukakan tanganmu sendiri, tetapi aku takut menjadi sebab darah mengalir daripada tanganmu. Aku takut duriku singgah terlalu dalam, takut racunku tinggal terlalu lama di dalam lukamu. Dan lebih daripada itu, aku takut kau datang dengan hati yang mahu mencintai, lalu pulang membawa luka yang aku sendiri tinggalkan.” Lelaki itu tersenyum, lalu duduk tidak jauh daripadanya. “Kerana itulah aku semakin mahu mendekat.” Mawar itu menunduk. “Kerana apa?” “Kerana kau tidak pernah bercerita betapa sakitnya durimu untuk mempertahankan dirimu sendiri. Kau hanya sibuk memberitahuku tentang luka yang mungkin akan kuterima daripadamu. Sedangkan kau boleh sahaja membiarkan aku datang, membiarkan tanganku berdarah, kemudian menyalahkan durimu atas luka yang terjadi. Tetapi kau tidak begitu. Kau lebih takut daripada aku, tentang luka yang mungkin aku bawa pulang daripadamu.” Dia terdiam sejenak, sebelum menyambung dengan suara yang lebih perlahan, “Bagaimana mungkin aku tidak menginginkanmu, sedang sebelum aku menyentuhmu, kau sudah terlebih dahulu memikirkan bagaimana mahu melindungi tanganku?” Mawar itu tidak menjawab. Hanya satu kelopak gugur perlahan, jatuh ke tanah di antara mereka. Dan buat pertama kalinya, duri-durinya tidak lagi terasa seperti sebuah amaran. Mungkin, ada cinta yang tidak meminta mawar membuang durinya. Ia hanya datang dengan tangan yang tahu bagaimana menggenggamnya tanpa mematahkan batangnya. Mungkin juga, cinta tidak selalu datang untuk memetik mawar. Ada yang datang sekadar mahu duduk di sisinya, menunggu harum yang diberi angin, dan belajar mencintai tanpa meminta mawar memberi lebih dari yang dia ingin. Kerana barangkali, itulah yang paling ditakuti mawar, bukan lelaki yang sanggup terluka. Tetapi seseorang yang sanggup tinggal cukup dekat untuk mengenal setiap durinya, namun cukup lembut untuk tidak menjadikan duri itu alasan bagi mawar membenci dirinya sendiri. -KesumaAtma #kesumaatma #puisikata #quotescinta #lovequotes #fypシ゚viral🖤tiktok
Kesuma Atma
Region: MY
Saturday 29 August 2026 05:43:59 GMT
Music
Download
Comments
Aitiqa Shima :
mcm manalah lelaki tu nak berpaling, kalau dia sedar betapa rapuhnya mawar utk hancur dibanding dgn luka yg dipalitkan 🥹🥹
2026-08-29 08:20:38
6
tikqa.s :
Both rangkap remind me of 'Little Mermaid'. She lost her beautiful voice to gain a feet & walk next to the prince. But later she also let herself turn into bubbles so she doesn't hurt the prince. Walaupun dongeng, I love the story.
2026-08-30 15:31:37
1
Madi-78 :
hai bunga pujaan tiap hati...bukan datang bersama mimpi...atau benih buat bersemi...nan lama menggendong sepi...pupuk buat pujuk duri...bukan lebah sedetik lalu pergi...l petiklah kembangnya... namun perdu usah di tinggal sepi....lihatlah ia pada lelaki itu.
2026-08-29 07:20:38
3
Mawarshii🌹 :
Dan akhirnyaa tangan itu terluka dan mawar itu merasa bersalah kerana bisa durinya menghadirkan luka
2026-08-29 18:01:12
1
rammizan - chik - :
handal la..
2026-08-30 20:18:12
1
ashh :
2026-08-29 06:12:07
1
I b a :
indah🌹🥀
2026-08-30 04:16:19
1
حافيني :
2026-08-29 06:10:03
1
EMMA :
Aku juga terluka saat aku mempertahankan segalanya, dan dimna posisi aku yg sebenarnya..
2026-08-29 13:46:36
3
_bungaLiar :
dia menusukkan pisau kpd kuh tapi aku yg meminta maaf kpd nya kerana darah kuh mengenai kaki nya
2026-09-01 03:16:45
1
aneeshanisa :
rela d lukai..demi utk memiliki
2026-08-29 14:34:56
1
Q I N | Cerita Kebun :
Dulu aku rela dilukai. Tapi kini aku memilih untuk pergi. Bukan kerna sudah tidak menyayangi. Cuma,pergi kali ini demi pulihkan diri sendiri.
2026-08-30 08:11:19
1
Merah🌹 :
🌹🌹🌹🌹🌹
2026-08-29 11:34:52
1
To see more videos from user @kesuma.atma, please go to the Tikwm
homepage.