@feldajengka25: 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗦𝗘𝗡𝗔𝗠 𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗠𝗘𝗥𝗗𝗘𝗞𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗡𝗔𝗗𝗜 𝗙𝗘𝗟𝗗𝗔 𝗝𝗘𝗡𝗚𝗞𝗔 𝟮𝟱 SABTU | 29/8/2026 | 8:00 PAGI Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) FELDA Jengka 25 hari ini telah menganjurkan Program Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 yang bermula pada jam 8.00 pagi. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif yang dilaksanakan secara serentak di 1,099 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh negara bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan 2026, dengan sasaran penyertaan melebihi 50,000 orang di seluruh negara. Penganjuran program ini bertujuan menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti kecergasan, di samping menjadi platform untuk menghimpunkan komuniti serta memperkukuh semangat kebersamaan, perpaduan dan kekitaan dalam suasana sambutan Bulan Kebangsaan. Program Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 turut menyasarkan pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi penyertaan aktiviti senaman secara serentak menerusi rangkaian NADI di seluruh Malaysia. Di NADI FELDA Jengka 25, program berlangsung dalam suasana meriah dengan penglibatan komuniti setempat menerusi pelbagai aktiviti yang telah disediakan. Antara pengisian program adalah senamrobik, cabutan bertuah, kuiz serta pertandingan mewarna. Pelaksanaan program seumpama ini bukan sahaja memberi manfaat dari aspek kesihatan dan kecergasan fizikal, malah turut menggalakkan interaksi sosial serta mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat setempat. Diharapkan penganjuran Program Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 dapat terus menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta membudayakan amalan hidup sihat dalam kalangan komuniti FELDA Jengka 25. 🇲🇾 Sihat Bersama, Bersatu Teguh, Malaysia MADANI! 📸 Video disediakan oleh: @izatevents | Mobilegrapher #NADIFELDAJengka25 #SenamSihatMADANI2026 #BulanKebangsaan2026 #MalaysiaMADANI #KomunitiJengka25
FELDA Jengka 25
Region: MY
Saturday 29 August 2026 09:48:09 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @feldajengka25, please go to the Tikwm
homepage.