@pria_wanita: SURAH AL-INSHIRAH — 94:1–8 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)? وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam)— ٱلَّذِىٓ أَنقَضَ ظَهْرَكَ Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? فَإِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, إِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. فَإِذَا فَرَغْتَ فَٱنصَبْ Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرْغَب Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih Sumber: Quran.com, Surah Al-Insyiraah 94:1–8 #AlInshirah #AshSharh #AlQuran #Quran #Islam
Pria_Wanita
Region: MY
Saturday 29 August 2026 12:02:02 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @pria_wanita, please go to the Tikwm
homepage.