@sinarharianonline: Penganjuran Malaysia #QuranHour 2026 yang memasuki tahun ke-12 dengan tema ‘Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera’ diharap dapat mengajak orang ramai berhenti sejenak daripada kesibukan duniawi untuk membaca, memahami dan mengamalkan al-Quran. Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-69, Malaysia #QuranHour 2026 diadakan serentak di seluruh negara dengan Masjid Al-Sultan Abdullah Presint Merdeka 118 Kuala Lumpur sebagai lokasi perdana tahun ini. #SinarHarian #BeritaTerkini #QuranHour #alQuran