@azmi.jamaludin: Lepas ni pemilik anjing tak boleh lepas anjing sesuka hati lagi. Sebab baru-baru ini, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan seorang pemilik dua ekor German Shepherd membayar lebih RM248,000 kepada jirannya. Apa yang berlaku? Pada tahun 2021, seorang Datuk sedang berjoging di kawasan Taman Anjung Tiara, Segambut. Ketika sedang berjoging, beliau mendakwa telah diserang oleh dua ekor German Shepherd milik jirannya. Dalam usaha melindungi diri, beliau terjatuh sehingga mengalami patah tulang belakang dan terpaksa menjalani pembedahan serta rawatan susulan. Pemilik anjing bagaimanapun menafikan anjingnya menyerang atau menyentuh mangsa. Menurutnya, mangsa hilang keseimbangan ketika bergerak ke belakang selepas menghayunkan tongkat ke arah anjing tersebut. Tetapi selepas perbicaraan penuh, mahkamah memutuskan pemilik anjing bertanggungjawab. Dia diperintahkan membayar RM178,457.60 ganti rugi khas dan RM70,000 ganti rugi am. Jumlahnya lebih RM248,000. Belum termasuk kos RM15,000 dan faedah 5% setahun sehingga bayaran selesai. Jadi kepada pemilik haiwan, kes ini boleh dijadikan pengajaran. Bela anjing itu hak masing-masing. Tapi pastikan haiwan kita sentiasa terkawal dan tidak membahayakan orang lain. Sebab bila kecuaian kita menyebabkan orang lain cedera, akibatnya bukan sahaja kepada mangsa. Pemilik sendiri boleh berdepan tuntutan ratusan ribu ringgit. #azmijamaludin #misiniaga

Azmi | The Storyteller
Azmi | The Storyteller
Open In TikTok:
Region: MY
Saturday 29 August 2026 15:48:38 GMT
56158
3381
339
465

Music

Download

Comments

viospari2280
jojo :
itu sebab org kaya yg kena serang kalau org biasa yg kena tetap x kena tindakan
2026-08-29 18:26:49
226
j0ngj0nginai
MT :
fighttttt...
2026-09-05 01:46:16
0
omegasuprime8
OmegaSupreme :
Kucing takde lesen boleh pulak
2026-09-04 15:46:01
3
justice.4.zara2
Justice 4 Zara :
Nasib baik la ada title.. cuba la kami rakyat marhaen
2026-09-04 05:41:39
24
shah_11021
شه :
dh 5 tahun baru nak ambik tindakan ke?
2026-08-29 15:59:46
55
ridhuan.mrg
Ridhuan 1002 :
Islam tidak menggalakkan memiliki anjing walaupun untuk menjaga rumah kerana antara sebabnya ialah ia menghalau tetamu.
2026-08-29 17:45:34
44
tobe69569
Tobe69 🇲🇾 :
Sepatutnya saman dan penjarakan pemilik anjing tu. Klu anjing tu serang sampai mati mangsa tu, siapa yg nak jawab?..
2026-08-29 18:31:56
30
halimgsx
Halim GTRbb :
kenapa sikit sangat ...patut 100 juta baru betul👍
2026-09-03 14:11:04
5
user_abcd786
Ctrl + Alt + Defeat :
Rocky bila tau psl nie
2026-08-30 00:31:34
18
bersama.international
BERSAMA :
ye la selalu nya anjing je salah
2026-08-29 18:17:34
1
cikpah51
cikpah :
yg sedih ye owner anjing tetap xnk mengaku yg anjing2 suke menyerang
2026-08-30 00:57:04
24
komala.devi2
Komala Devi :
unless anjing itu jinak dan tak kejar ,atau serang.jgn kurung terlalu lama dlm sangkar.bagi freedom sebentar.
2026-09-01 01:55:58
0
ghostdelta2026
2026 :
mesti orang tu provok anjing dengan owner anjing sekali justice for rocky
2026-08-30 06:01:21
0
faridahselamat82
cik fidah :
ada yg terfaham anjing diorang kata anjing x menyerang kalau x diganggu
2026-08-30 01:16:03
0
paklan47
pakcik Lan :
bagus,denda lebih besar lagi.
2026-08-30 00:28:08
7
ghani.osman
Ghani Osman :
setuju... mangsa ada hak menyaman pemilik anjing
2026-08-29 23:28:44
5
joehari62
joe :
bukan ke undang2 mengatakan wlpun ada lesen anjing tetap tidak boleh lepas begitu sahaja dan datok itu jatuh akibat daripada anjing yg menyerang
2026-08-29 23:56:42
5
adamkl94
alfa :
Bukan masalah pemilik lepas anjing tapi masalahnya ad penduduk membela anjing liar depan halaman rumah yang bahayakan nyawa penduduk.
2026-08-29 17:06:29
7
azlanjani5
Azlan Jani :
Kalau cedera sebab anjing liar patut boleh Saman pbt.
2026-08-30 01:45:56
3
pemburu.upahan5
pemburu upahan :
Berat sebelah mengapa tidak ambil kira perlakuan orang yang di serang
2026-08-30 06:58:50
0
kuroleo69
Persian Munchkin Afi :
sangat setuju, anjing kalau menggigit memang merbahaya, boleh mencederakan dan membunuh. kalau anjing baka2 fighter yg gigi taring panjang, badan besar, kulit tebal sepatutnya diharamkan utk dipelihara. hanya polis dan askar jer yg dibenarkan bela.
2026-09-05 03:18:36
0
jefdanz
Jefdanz :
kebanyakan budak2 melayu yg kena gigit tu dah boleh bawa perkara tu ke mahkamah...✌️✌️✌️
2026-09-04 09:41:39
2
zaini.yah.zaini
Zaini yah Zaini :
dulu 50 tahun saya di kejar anjing boleh disaman ke
2026-08-29 20:06:54
3
mr.boss1871
Pok Hin | E Hailing :
ni kes golongan bangsawan mmg la kena bayar pampasan bagai,berapa byk kes jadi kat rakyat biasa yg jadi mangsa... yg mati pun ada... jangan kata nk bayar pampasan nak mengaku owner pun x berani...
2026-09-05 02:14:14
3
To see more videos from user @azmi.jamaludin, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About