@starhealthmedia: Jangan ambil ubat ini dengan perut kosong jika mudah mengalami masalah perut! Antara ubat yang biasanya lebih baik diambil selepas atau bersama makanan ialah: 💊 NSAIDs – seperti diclofenac, ibuprofen dan naproxen. Boleh mengganggu lapisan perlindungan perut serta meningkatkan risiko gastritis dan ulser. 💊 Metformin – sebaiknya diambil bersama makanan untuk mengurangkan loya, sakit perut dan cirit-birit. 💊 Steroid tablets – seperti prednisolone. Biasanya digalakkan diambil bersama makanan bagi mengurangkan ketidakselesaan dan iritasi perut. 💊 Colchicine – boleh menyebabkan loya, sakit perut atau cirit-birit. Mengambilnya selepas makan boleh membantu sesetengah pesakit mengurangkan ketidakselesaan tersebut. Jadi, alas perut dahulu dan ikut arahan doktor atau ahli farmasi tentang cara pengambilan setiap ubat. Jangan hentikan atau ubah dos ubat sendiri. #tips #medical #guthealth #diabetes #asthma