@andrea_morelo16:

Andrea16.
Andrea16.
Open In TikTok:
Region: CO
Sunday 30 August 2026 17:33:12 GMT
192
17
0
0

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @andrea_morelo16, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

PART 023 - DARI BOMBAY KE DUNIA MELAYU - BAGAIMANA IRAMA HINDUSTAN MENJADI SEBAHAGIAN NOSTALGIA KITA? Ada ratusan lagu Hindustan atau Bollywood klasik yang pernah menjadi kegilaan pendengar suatu ketika dahulu. Tetapi untuk perkongsian kali ini, saya hanya memilih 13 buah lagu kegemaran saya yang mempunyai kaitan dengan lagu saduran Hindi ke Melayu. ❤️ Sebenarnya, fenomena lagu saduran Hindustan ke dalam bahasa Melayu bukanlah sesuatu yang baru. Seawal era 1940an dan 1950an, masyarakat Melayu di Singapura dan Tanah Melayu sudah cukup dekat dengan dunia hiburan India. Filem-filem Hindustan mendapat sambutan hebat di pawagam, sementara lagu-lagunya pula berkumandang melalui radio dan piring hitam. Melodi Hindustan yang romantis, mendayu-dayu dan penuh dramatik begitu mudah mendapat tempat di hati pendengar Melayu. Apabila industri muzik dan perfileman Melayu berkembang, pengaruh tersebut turut meresap ke dalam penciptaan dan persembahan lagu Melayu. Dan apabila berbicara tentang zaman ini, nama R. Azmi tidak boleh diketepikan. R. Azmi merupakan antara seniman Melayu generasi awal yang cukup sinonim dengan pengaruh irama Hindustan. Pada zamannya, mengambil sebuah melodi yang sudah popular kemudian diberikan lirik Melayu dan nafas tempatan merupakan sebahagian daripada perkembangan muzik popular ketika itu. Antara contoh yang sering dikenang ialah “Senyuman Yang Manis”, yang menggunakan melodi daripada lagu Hindi “Aye Dil Mujhe Bata De”. Daripada sinilah kita dapat melihat satu perjalanan muzik yang cukup menarik bagaimana sebuah melodi dari India boleh menyeberangi lautan, sampai ke Singapura dan Tanah Melayu, kemudian diberikan bahasa dan jiwa yang berbeza sehingga akhirnya menjadi sebahagian daripada nostalgia masyarakat Melayu. Tradisi ini kemudiannya semakin berkembang. Masuk era 1960an dan 1970an, semakin banyak lagu luar diberikan sentuhan Melayu. Bukan sahaja daripada Hindustan, bahkan lagu dari Barat, Arab dan Jepun turut disadur dan diberikan lirik baharu. Kadangkala susunan muziknya diubah begitu cantik sehingga generasi yang membesar dengan versi Melayu langsung tidak menyedari bahawa melodi tersebut sebenarnya berasal daripada lagu luar. Dan itulah yang menarik tentang lagu saduran zaman dahulu. Melodinya mungkin datang dari tempat lain, tetapi apabila diberikan lirik, suara dan susunan muzik Melayu, ia akhirnya mempunyai kenangannya sendiri.  Untuk 13 lagu pilihan saya kali ini, kita akan kembali mendengar suara legenda Hindustan seperti: Kishore Kumar • Manna Dey • Geeta Dutt • Lata Mangeshkar • Mohammed Rafi • Shailendra Singh • Asha Bhosle Kemudian kita padankan dengan versi Melayu yang pernah dibawakan oleh penyanyi seperti: 🎙️ R. Azmi • Rafeah Buang • A. Ramlie • DJ Dave dan beberapa nama lain. Ada yang romantis. Ada yang rancak. Ada yang kita sudah dengar sejak kecil tanpa pernah mengetahui asal melodinya. 📻 Nostalgia Irama… Merentas Zaman. Yang mana satu lagu saduran Hindi–Melayu paling anda suka? #fyp #piringhitam #bollywood #bombay #retro70s80s90s

About