@bombaterengganuofficial: EMPAT CEDERA, EMPAT SELAMAT DALAM KEMALANGAN TIGA KENDERAAN MARANG, 30 Ogos 2026 – Empat mangsa cedera manakala empat lagi selamat dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan iaitu Proton Wira, Perodua Axia dan Perodua Alza berhampiran SMK Imtiaz, Kampung Tok Muncung, Wakaf Tapai. Pasukan bomba dari BBP Wakaf Tapai diketuai PBK I Yusof bin Mohamad mengeluarkan mangsa cedera menggunakan scope stretcher sebelum diserahkan kepada pihak KKM untuk rawatan lanjut di Hospital Hulu Terengganu. Operasi melibatkan lima anggota dan sebuah jentera FRT-1. #JBPMTerengganu #KeselamatanJalanRaya #KemalanganJalanRaya #WakafTapai #KeselamatanKeutamaan