@mediaselangor: Inisiatif U-PLATS Halal menjadi pemangkin kepada usahawan tempatan dalam mendapatkan pengiktirafan halal, sekali gus membuka peluang untuk meneroka pasaran lebih luas. Usahawan tempatan, Norhaidah Ahmad, 48, yang mewakili Million Rich Empire menerusi jenama WanCu Food berkata inisiatif berkenaan banyak membantu dan mengubah operasi syarikatnya, selain memberi nafas baharu kepada perniagaan. #PLATSHalal #Usahawan #MediaSelangor