@yadim_terengganu: KANAK-KANAK SEMARAK SEMANGAT KEMERDEKAAN KUALA TERENGGANU, 31 Ogos 2026 – Semangat kemerdekaan terus disemai dalam kalangan generasi muda menerusi program Aspirasi Remaja MADANI sempena Explorace Merdeka yang berlangsung di DSH Batu Burok. Program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Terengganu dengan kerjasama IKRAM Junior Kuala Terengganu dan Wanita IKRAM Kuala Terengganu ini melibatkan kanak-kanak di sekitar Kuala Terengganu. Antaranya ialah Bicara Santai Merdeka MADANI, Aktiviti Explorace Merdeka, aktiviti suai kenal, gotong-royong, misi khidmat masyarakat, misteri ramuan tradisi, tali sejarah, istana pasir, sukaneka wira merdeka, isi air dalam botol serta pertandingan mewarna. Pelbagai aktiviti tersebut memberi peluang kepada peserta menghayati erti kemerdekaan menerusi pendekatan santai dan interaktif, selain menggalakkan kerjasama, kreativiti dan semangat berpasukan. Program ini turut menjadi ruang untuk menyemai nilai jati diri dan kecintaan kepada negara dalam kalangan kanak-kanak sejak usia muda. YADIM Negeri Terengganu diwakili Puan Nor Mazila Mohd Zin. Hadir sama Ketua IKRAM Junior Kuala Terengganu, Dr. Aliya Omar dan Ketua Wanita IKRAM Kuala Terengganu, Puan Hasmidar Adam. #melestarigerakandakwah #MalaysiaMadani #RancakkanMADANI #MADANIbekerja #SebarkanSalam
YADIM TERENGGANU
Region: MY
Monday 31 August 2026 06:28:44 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @yadim_terengganu, please go to the Tikwm
homepage.