@mptemerloh: 🇲🇾🏆 TAHNIAH MPT! JOHAN PERBARISAN! 🔥 Tahniah kepada Kontinjen Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) yang berjaya dinobatkan sebagai JOHAN Perbarisan Kategori Agensi Kerajaan dan Badan Berkanun sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Daerah Temerloh Tahun 2026! 🏆👏🇲🇾 Sekitar kemeriahan sambutan pagi ini di Temerloh — daripada perbarisan kontinjen, persembahan T Baton PDRM, nyanyian lagu patriotik, tarian kebudayaan hinggalah persembahan Brass Band. Memang terasa semangat kemerdekaan! 🇲🇾🔥 Terima kasih kepada seluruh warga Temerloh yang hadir bersama-sama menyemarakkan sambutan. Selamat Hari Kebangsaan Ke-69! 🇲🇾 Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati @PENGUATKUASA MPT #Merdeka69 #HariKebangsaan2026 #Temerloh #AmazingTemerloh #FYPMalaysia