@imigresenmy: 𝗦𝗢𝗥𝗢𝗧𝗔𝗡 | 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲 🇲🇾 Sorotan sekitar Sambutan Hari Kebangsaan 2026 bertemakan “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati” yang berlangsung penuh meriah di Dataran Putrajaya. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) turut bersama menyemarakkan sambutan menerusi penyertaan kontinjen JIM dalam Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan, tampil penuh disiplin, semangat dan rasa cinta kepada tanah air. Kemeriahan sambutan yang menghimpunkan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat menjadi cerminan semangat kebersamaan, perpaduan dan kecintaan terhadap Malaysia. Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026. 🇲🇾 #HariKebangsaan2026 #JabatanImigresenMalaysia #ImigresenPerkasa #MalaysiaMADANI