@bsnmalaysia: Selamat Hari Kebangsaan Malaysia ke 69! Langkah penuh semangat oleh #WargaBSN dengan kibaran Jalur Gemilang dalam Perarakan Hari Kebangsaan ke-69 pagi ini! Diketuai oleh Encik Mohd Khairil Mohd Nor, Ketua Jabatan Perkhidmatan Am & Keselamatan Dalaman, kontinjen BSN melangkah seiring dengan aspirasi “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”. BSN akan terus teguh mengangkat nilai patriotisme, memperkukuh perpaduan dan mendukung kesejahteraan negara yang kita cintai bersama. Merdeka! Merdeka! Merdeka! #BSNMalaysia #HariKebangsaan2026 #Merdeka69 #MalaysiaMADANI