@imigresen.mlk: ๐๐ข๐ก๐ง๐๐ก๐๐๐ก ๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐ ๐๐ฅ๐๐ ๐ฆ๐๐ ๐๐ก๐๐๐ง ๐ ๐๐ฅ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐๐๐ก๐๐ฆ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐ง ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ ๐๐๐๐๐ KLEBANG, 31 Ogos 2026 โ Kontinjen Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Melaka telah menyertai perarakan dan perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Tahun 2026 Peringkat Negeri Melaka yang berlangsung penuh meriah di Persiaran Jalan Pantai, Klebang, Melaka. Sambutan yang diadakan di lokasi baharu ini dihadiri tetamu utama, TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman serta YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan isteri, YABhg. Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah binti Ab. Aziz. Seramai 8,296 peserta daripada 157 kontinjen telah mengambil bahagian dalam perarakan dan perbarisan yang penuh semangat patriotisme dan bersejarah ini. Kontinjen JIM Melaka diketuai oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Anas Faizzuan bin Ibrahim dengan kekuatan 50 orang pegawai pelbagai pangkat diletakkan dibawah Kontinjen Keselamatan dan Kedaulatan Negara bersama agensi-agensi pasukan beruniform yang lain seperti Jabatan Sukarelawan Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Antara pengisian utama selain perarakan dan perbarisan kontinjen yang turut mencuri tumpuan dalam sambutan yang penuh gemilang dan warna-warni ini adalah Persembahan ๐ท๐๐๐๐ ๐ถ๐๐๐๐๐๐, Pertunjukkan Seni Tempur dan Bela Diri dari Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia serta ๐ฅ๐
๐๐๐บ๐๐ pesawat-pesawat pejuang dan pesawat angkut dari Tentera Udara DiRaja Malaysia termasuk pameran kapal-kapal perang milik Tentera Laut DiRaja Malaysia. Turut hadir dan memberi tabik hormat kepada Kontinjen Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Melaka ialah YBrs. Tuan Anirwan Fauzee bin Mohd Aini, Pengarah Imigresen Negeri Melaka. Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Tahun 2026 Peringkat Negeri Melaka ini pastinya menjadi manifestasi rasa cinta kepada tanah air, kesatuan rakyat serta tekad bersama untuk terus memelihara keamanan, keharmonian dan kesejahteraan negara selaras dengan semangat โMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmatiโ. #imigresenmelaka #melaka #jimmelaka #imigresenmalaysia #imigresen ยฉ๏ธ๐ธ0๐ธ๐ผ ๐ฑ๐ฐ๐ท๐ฐ๐ถ๐ธ๐ฐ๐ฝ ๐ฟ๐ด๐๐ฐ๐ฝ๐ฒ๐ฐ๐ฝ๐ถ๐ฐ๐ฝ ๐๐๐๐ฐ๐๐ด๐ถ๐ธ๐บ ๐ณ๐ฐ๐ฝ ๐บ๐ท๐ธ๐ณ๐ผ๐ฐ๐ ๐บ๐พ๐๐ฟ๐พ๐๐ฐ๐ / ๐น๐ฐ๐ฑ๐ฐ๐๐ฐ๐ฝ ๐ธ๐ผ๐ธ๐ถ๐๐ด๐๐ด๐ฝ ๐ผ๐ฐ๐ป๐ฐ๐๐๐ธ๐ฐ ๐ฝ๐ด๐ถ๐ด๐๐ธ ๐ผ๐ด๐ป๐ฐ๐บ๐ฐ
imigresen.mlk
Region: MY
Monday 31 August 2026 11:11:34 GMT
Music
Download
Comments
Nissan fairlady :
๐คฃ๐คฃ๐คฃ
2026-08-31 13:34:57
0
To see more videos from user @imigresen.mlk, please go to the Tikwm
homepage.