@hanifahhajartaib_: KKM terus komited dalam memperkasa bakal tenaga kesihatan negara Isnin, 31 Ogos 2026 SIBU: Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib mengadakan lawatan kerja ke Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Kejururawatan Sibu, sekali gus membuka tirai Jelajah Kesihatan Borneo (JKB) Siri 4. Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Pengarah ILKKM Kejururawatan Sibu, YBrs. Puan Noriha binti Isnawi, mengenai program latihan yang ditawarkan, kemudahan sedia ada serta cabaran yang dihadapi dalam melahirkan tenaga kejururawatan yang kompeten dan berkualiti untuk memenuhi keperluan sektor kesihatan negara. Dalam sesi tersebut, YB Timbalan Menteri turut mendengar pandangan daripada pihak pengurusan dan warga ILKKM Kejururawatan Sibu mengenai usaha memastikan persekitaran latihan yang kondusif, relevan serta selari dengan perkembangan semasa dan keperluan perkhidmatan kesihatan. Usai taklimat, YB Timbalan Menteri dibawa meninjau sekitar institut bagi melihat sendiri keadaan fasiliti dan peralatan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Beberapa perkara yang memerlukan perhatian serta tindakan lanjut Kementerian Kesihatan Malaysia turut dikenal pasti bagi memperkasakan kualiti latihan dan keselesaan warga institut. Beliau turut meluangkan masa berinteraksi secara langsung dengan para pelajar untuk mendengar keperluan dan pengalaman mereka, selain memberikan kata-kata semangat. YB Timbalan Menteri menegaskan bahawa ILKKM memainkan peranan penting dalam melahirkan tenaga kesihatan yang berkemahiran, profesional dan berdaya saing demi memastikan kesejahteraan serta tahap kesihatan rakyat terus terpelihara. @KKMalaysia 🇲🇾
Hanifah Hajar Taib
Region: MY
Monday 31 August 2026 12:00:56 GMT
Music
Download
Comments
Das Cilla :
padangan aku Datuk Hanifah Taib seorang permimpin dn menteri yg terbaik...berjiwa rakyat
2026-09-02 02:46:41
0
Irizz Empire :
Tq YB TMK dh ngabas kmk org.🥰
2026-08-31 12:16:26
0
Jamil Sulong :
Terbaik yb.hadir jamil sulong yb
2026-08-31 14:49:47
0
mmi :
👍
2026-08-31 13:22:56
0
Damia Asifa :
🌹🌹🌹🌹🌹🌹
2026-08-31 12:07:59
0
To see more videos from user @hanifahhajartaib_, please go to the Tikwm
homepage.