@dapurpramugari: Baru-baru ini, Kak Liz telah menerima jemputan daripada Prof. Wan Nordin Wan Hussin dari Taylor’s University untuk berkunjung ke kampus mereka dan berkongsi pengalaman sebagai seorang usahawan, khususnya dalam membangunkan Dapur Pramugari tajaan dari Facebook. Setibanya Kak Liz di Taylor’s University, Kak Liz telah dijemput dan disambut oleh Prof.Wan Nordin. Sambutan yang begitu mesra membuatkan Kak Liz berasa sangat dihargai sejak awal ketibaan. Dah alang2 disini katanya, Kak Liz dibawa melihat sekitar kampus. Wow! Tak pernah Kak Liz sangka ia secatik ini. Macam hotel 5 bintang! Oleh kerana Kak Liz dibidang F&B, Prof bawa kami melawat ke bahagian Culinary Taylor’s University. Kak Liz berkesempatan melihat sendiri kemudahan dan suasana pembelajaran yang begitu professional. Setelah itu Kak Liz diperkenalkan dengan Prof. Madya. Nor Shaipah Abdul Wahab, selaku Head Of School. Banyak yang beliau kongsikan tentang Taylor’s University serta bidang-bidang yang ditawarkan. Perkongsian beliau memberikan Kak Liz gambaran yang lebih luas tentang bagaimana Taylor’s menyediakan pendidikan yang bukan sahaja berasaskan teori, tetapi turut memberi penekanan kepada kemahiran dan persediaan untuk dunia sebenar. Satu perkara yang sangat menarik perhatian Kak Liz iaitu Taylor’s memberikan peluang kepada bekas pelajar untuk mengusahakan perniagaan mereka sendiri, termasuk membuka kafe di dalam persekitaran universiti. Bagi Kak Liz, inisiatif sebegini amat bernilai kerana pelajar bukan sekadar belajar, tetapi diberikan ruang untuk mengaplikasikan ilmu, membina keyakinan dan merasai sendiri pengalaman mengurus perniagaan. Selepas lawatan, kami teruskan dengan sessi perkongsian pengalaman bisnes dimana ianya lebih tertumpu kepada peranan media sosial di dalam perniagaan, cabaran yang dihadapi dan bagaimana kita perlu sentiasa bersedia untuk belajar, berubah dan menyesuaikan diri kerana dunia perniagaan sentiasa berkembang seiring perubahan zaman. Sebelum Kak Liz pulang, Kak Liz dibawa ke salah sebuah kafe yang diusahakan oleh bekas pelajar Taylor’s untuk menikmati hidangan bersama. Kak Liz berkesempatan mencuba makanan yang disediakan dan secara jujurnya, Kak Liz sangat kagum dengan kualiti dan rasanya. Sebagai seseorang yang berada dalam industri makanan, pengalaman tersebut membuatkan Kak Liz semakin yakin bahawa Taylor’s University telah menghasilkan pelajar yang berkualiti, bukan sahaja dari segi ilmu, tetapi juga dari segi kemahiran praktikal, kreativiti dan keyakinan untuk berdikari. Sepanjang kunjungan, Kak Liz amat menghargai layanan yang diberikan oleh Prof Wan Nordin dan Prof.Madya Saipah. Mereka begitu mesra, humble dan professional, menjadikan keseluruhan pengalaman ini terasa begitu selesa dan bermakna. Kak Liz pulang dengan satu kesimpulan yang sangat positif iaitu pendidikan yang bermakna bukan sekadar tentang sijil dan ilmu akademik, tetapi tentang bagaimana ilmu tersebut diterjemahkan menjadi kemahiran, pengalaman, keyakinan dan keberanian untuk mencipta masa depan. Sebelum pulang, sedikit buah tangan buat Kak Liz katanya. MasyaAllah, bukan sedikit buat Kak Liz kerana kunjungan ini merupakan sebahagian dari perjalanan Kak Liz didalam bidang keusahawanan ini & ianya sesuatu yang amat bermakna dan semestinya akan dijadikan salah satu kenangan manis buat Kak Liz. Terima kasih yang tak terhingga kepada Profesor Wan Nordin, Prof.Saipah dan Taylor’s University diatas jemputan & layanan yang begitu baik serta peluang untuk Kak Liz berkongsi sedikit daripada perjalanan sebagai pengasas Dapur Pramugari. ❤️ #lizrashiddapurpramugari #cyberjayakafe #taylorsuniversity #intrepreneur #womaninbusiness

DAPUR PRAMUGARI by LIZ RASHID
DAPUR PRAMUGARI by LIZ RASHID
Open In TikTok:
Region: MY
Monday 31 August 2026 23:38:09 GMT
4113
62
16
7

Music

Download

Comments

d3lulugolf3r
D3LULU-GOLF3R.GG :
I am a Taylor’s Alumni and proud to be one… we strive and succeed anywhere!!
2026-09-01 05:39:42
0
adreanna.eddy
Adreanna :
Fighting aunty 💪🔥🔥🔥
2026-09-01 11:44:08
0
missjfendi
June Fendi :
Congrats Kak Liz! 🥳🥳🥳 Mana tau pasni leh jd lecturer before retired 😁
2026-09-01 05:11:18
0
norish_hassan
Norish Hassan :
Congratulations 😍🎉 Belum sempat lagi cafe you. In shaa Allah...nanti sampai.
2026-09-01 01:13:19
0
worldthroughz
Zaki | World Through Z :
alhamdulillah congratulations kak
2026-09-01 04:14:57
0
momentbyhelena
Elena :
🥰🥰🥰🥰
2026-09-01 18:38:24
0
To see more videos from user @dapurpramugari, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About