@jefrimejan79: إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Anas bin Norramin, ahli kariah MABJ dari Taman Seri Indah, yang telah kembali ke rahmatullah selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika bermain futsal malam tadi. Selepas Subuh, saya bersama jemaah MABJ menziarahi keluarganya bagi menyampaikan takziah dan memberikan kata-kata semangat. Semoga Allah SWT mengampuni Allahyarham, merahmatinya dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman. Semoga seluruh keluarga tabah menghadapi ujian ini. Al-Fatihah (dibaca) #jefrimejan79 #baktiuntukijok #ijok #alfatihah #takziah