@shariffmohamadazrin: Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah berkata berdasarkan amalan sejak tahun 2018, jemputan ke Sambutan Hari Kebangsaan tidak dipanjangkan secara automatik kepada bekas Perdana Menteri. Pada masa sama, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan Tun Dr Mahathir akan ke luar negara dari 28 hingga 31 Ogos 2026 selepas permohonan kemudahan rehat beliau telah diluluskan oleh Perdana Menteri. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mencuri perhatian apabila memilih pendekatan berbeza untuk menghayati Sambutan Hari Kebangsaan 2026 dengan berada lebih dekat bersama rakyat di Dataran Putrajaya, hari ini. Pada usia 101 tahun, kehadiran beliau di kawasan sambutan menjadi perhatian pengunjung apabila Dr. Mahathir dilihat tidak berada di lokasi khas yang lazimnya diperuntukkan kepada tokoh kenamaan. Sebaliknya, beliau memilih untuk berada berhampiran orang ramai di tepi kawasan acara, termasuk merasai sendiri suasana sambutan dalam keadaan cuaca panas. Tindakan itu memperlihatkan sisi berbeza bekas Perdana Menteri berkenaan yang mengambil kesempatan untuk menyaksikan kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan dari dekat, bersama masyarakat yang hadir memeriahkan acara tahunan tersebut. Kehadiran Dr. Mahathir turut menarik perhatian pengunjung di sekitar Dataran Putrajaya. Sebahagian mereka mengambil peluang untuk melambai kepadanya, merakam video selain mengabadikan kenangan selepas terserempak dengan tokoh berkenaan. Menerusi sebuah video yang tular di media sosial, Dr. Mahathir dilihat duduk di atas kerusi roda sambil memegang Jalur Gemilang. Orang ramai yang berada di belakangnya pula kelihatan turut mengibarkan bendera dan memberikan tanda sokongan. SUMBER DIAMBIL DARI OH MY MEDIA.
Shariff Mohamad Azrin
Region: MY
Tuesday 01 September 2026 00:34:20 GMT
Music
Download
Comments
Cik Eireen :
Tun M insan yg x sempurna tp Tun r yg berjaya menaikkan nama Malaysia di mata dunia..sedih tgk jasa Tun M mcm tak dihargai...
2026-09-01 02:41:15
8
norhayatiny :
Sedihnya.. melihat Tun M.. beliau sgt berjasa pada rakyat dan negara tapi telah tidak diutamakan.. tidak disantuni...
2026-09-01 02:59:54
4
🔻Zaiful Azwan @ Mr Oleng🔻 :
Pemimpin yang disayangi rakyat malaysia, termasuk juga rakyat dari luar negara. 💪💪💪🥰🥰🥰🫡🫡🫡
2026-09-01 02:38:49
3
Atul :
Semoga Allah melengkapi segala urusan hambanya
2026-09-01 03:04:49
2
@ni2929 :
🥹🥹🥹sedih tngok Tun,bagi la penghormatan kn bekas PM
2026-09-01 02:48:04
1
Power supplying :
Allah SWT insyallah akan mengakat darjat seseorang manusia itu disebalik ketulusan dan keikhlasan nya. Moga Tun tergolong dalam kumpulan tersebut.Aamiin
2026-09-01 03:04:01
1
dewii6778 :
Sayang tun❤️
2026-09-01 12:34:13
0
Rozlan Lan :
pemimpin skrg tk ada tuju haluan
2026-09-01 10:18:23
0
sham3949 :
TM dihati Ku..
2026-09-01 02:52:59
0
Arm Bee Roll :
2026-09-01 03:13:15
0
heri :
seorang tokoh,bapa permodenan tak ada tempat yang istimewa semasa menyertai hari kebangsaan ke-69 😢😢😢
2026-09-01 10:48:00
0
Mz Adnee 🇲🇾 :
kata org Melayu berbudi bhs, tak pun.... mcm balas dendam je.... KACANG LUPAKAN KULIT
2026-09-01 05:36:39
0
user15999041950088 :
🥰🥰🥰
2026-09-01 02:46:36
0
Mohd Fadzlin Borhanu :
🥺🥺🥺🥺🥺🥺🥺🥺🥺
2026-09-01 02:41:00
0
To see more videos from user @shariffmohamadazrin, please go to the Tikwm
homepage.