@ibupejabat.polis: KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH DUNGUN PENAMATAN OPERASI SAR MANGSA HILANG DI PERAIRAN MUARA KUALA DUNGUN / PULAU TENGGOL Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan bahawa Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) bagi mengesan seorang mangsa yang dipercayai hilang selepas bot fiber terbalik di perairan Muara Kuala Dungun/Pulau Tenggol telah ditamatkan pada 31 Ogos 2026 jam 1800H, selepas lima (5) hari operasi. Operasi yang diselaraskan oleh MRSC Kuantan, APMM selaku SAR Coordinator melibatkan PDRM, APMM, JBPM, APM, Jabatan Laut Malaysia, Jabatan Perikanan, pasukan penyelam serta komuniti maritim. Sepanjang operasi, pencarian meliputi sektor laut, udara dan dalam air dengan kawasan pencarian kira-kira 801.22 batu nautika persegi, termasuk penggunaan ROV APMM. Walaupun operasi SAR telah ditamatkan, pemantauan rutin akan terus dilaksanakan. Sekiranya terdapat petunjuk baharu, operasi SAR boleh diaktifkan semula. PDRM merakamkan penghargaan kepada semua agensi dan komuniti maritim yang terlibat serta menzahirkan simpati kepada keluarga mangsa. PDRM akan terus menjalankan siasatan dan tindakan susulan berkaitan kejadian. KETUA POLIS DAERAH DUNGUN POLIS DIRAJA MALAYSIA 01 SEPTEMBER 2026
Polis Daerah Dungun
Region: MY
Tuesday 01 September 2026 05:45:50 GMT
Music
Download
Comments
MamaCantik😉 :
2026-09-02 08:49:50
0
Chee Wei :
2026-09-01 09:16:53
0
mat rrk :
2026-09-01 14:22:57
0
Chee Wei :
2026-09-01 09:16:53
0
user4733075335818 :
🥰🥰🥰
2026-09-01 13:37:08
0
To see more videos from user @ibupejabat.polis, please go to the Tikwm
homepage.