@qarafitee: Kalau terpaksa berhenti guna skincare, jangan sunscreen pun dibuang sekali! Sebab sunscreen adalah antara benteng pertama kulit kita daripada kerosakan akibat sinaran UV. Sebab tu kalau nampak orang kata, “Ada jerawat, kena berhenti sunscreen.” Itu tak semestinya betul. Kalau kulit tengah breakout atau bermasalah, perlindungan daripada UV tetap penting. Malah, UV boleh menyebabkan kulit lebih mudah mengalami pigmentasi dan dark spots selepas jerawat! #drqarafitee