@ariey.jojo: Saja singgah sini sebab husband nak makan bingsu. Tak sangka ada cafe yang hidden macam ni. Dia kat tingkat atas area Kiara Plaza yang dekat sebelah Shell Semenyih dan berhadapan dengan Petronas Semenyih yang ada McD baru bukak tu. Orang Semenyih tahu la tu kat mana. Nampak gred A kat pintu. Aku macam, “Bersih kedai ni”. Yes! Kedai bersih, bright dan takde bau kucing walaupun dalam tu ada 4 ekor kucing gebu gebas! Masa nak order, owner tanya dari mana dapat tahu kedai dia. Peramah betul aunty tu. Dia cerita bahan apa yang dia guna untuk buat bingsu apa semua. Banyak dia borak. Aunty minta share juga kedai dia biar orang tahu dan datang since kedai dia sunyi je. Orang tak tahu, dia pun baru start beroperasi balik lepas 3 tahun. Dah renovate dengan konsep apa semua cantik-cantik. Ni kitorang sempat ambik beberapa keping gambar dan share. Mana tahu ada rezeki Aunty kot-kot ada orang Semenyih yang tengah cari dessert. Parking kat area jalan atas tu boleh kalau ada kosong. Free je. Kat basement pun ada parking, boleh park near M12 pastu naik tangga. 📍 Santai Cuisine Cafe Semenyih 🕰️ 1PM - 9PM (Isnin cuti) Tapi owner pesan call dulu sebelum pegi, kot ada time dia buka lewat
ArieyJojo
Region: MY
Tuesday 01 September 2026 10:13:19 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @ariey.jojo, please go to the Tikwm
homepage.